FAS Soccer School dilancarkan

FAS Soccer School dilancarkan

SHAH ALAM, 29hb September, 2019 – Selaras dengan Pelan Pembangunan 5-Tahun Persatuan Bolasepak
Selangor, keperluan untuk mempunyai sebuah program pembangunan akar umbi yang menyeluruh adalah
antara tunjang utama kepada setiap pasukan bola sepak.

Oleh itu, semalam Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) telah melancarkan satu program pembangunan akar
umbi di mana 5 buah sekolah kebangsaan di sekitar Selangor telah terlibat.

Sekolah–sekolah tersebut adalah SK Bandar Anggerik (Petaling Perdana), SK Kota Kemuning (Klang), SK Sungai
Binjai (Klang), SK Sri Kelana (Petaling Utama), dan SK SS6 Kota Damansara (Petaling Utama).

“Program FAS Soccer Schools adalah satu kolaborasi antara FAS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat. Untuk memastikan kualiti dan kelestarian program
ini,

FAS bertanggungjawab untuk menyediakan kepakaran khidmat jurulatih, kursus kejurulatihan, peralatan
bola sepak, dan peluang permainan kepada murid yang terlibat, manakala sekolah-sekolah yang terlibat
bertanggungjawab untuk menyediakan padang bola sepak dan guru-guru yang akan menjadi jurulatih
kepada murid mereka,” titah DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor merangkap Presiden FAS.

“Program FAS Soccer Schools adalah satu kolaborasi antara FAS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang
akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.  Untuk memastikan kualiti dan kelestarian program ini, FAS bertanggungjawab untuk menyediakan kepakaran khidmat jurulatih, kursus kejurulatihan, peralatan bola sepak, dan peluang permainan kepada murid yang terlibat, manakala sekolah-sekolah yang terlibat bertanggungjawab untuk menyediakan padang bola sepak dan guru-guru yang akan menjadi jurulatih kepada murid mereka,” menurut DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor merangkap Presiden FAS
bertitah.

Selain itu. Setiausaha Agung FAS, Dr Johan Kamal Hamidon turut menyatakan bahawa program FAS
Soccer Schools ini merupakan salah satu inisiatif jangka panjang yang diambil oleh FAS bagi memastikan
kelestarian dan juga pembangunan yang konsinten buat FAS di dalam dan di luar padang.

“Kami merasakan hubungan kerjasama diantara FAS dan juga Rakan Sekolah Rasmi adalah satu persetujuan
yang boleh dilaksanakan oleh pasukan-pasukan bola sepak yang lain kerana ianya memberi banyak faedah
kepada kedua-dua pihak,” ujar Johan.

“Program FAS Soccer School juga akan menjadi satu titik permulaan buat kanak-kanak di Selangor yang
mempunyai semangat yang tinggi untuk menyertai “FAS Homegrown Pathway”, di mana kegigihan, keazaman
dan juga iltizam mereka akan meletakkan kanak-kanak ini di laluan yang tepat untuk menjadi pemain bola
sepak professional untuk Selangor pada suatu hari nanti.

“Dengan menjadi sebahagian daripada FAS Soccer Schools, kanak-kanak ini akan didedahkan kepada latihan
yang berkualiti oleh para jurulatih yang telah diiktiraf oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di samping
bermain di dalam suasana yang kondusif untuk pembangunan mereka,” tambah Johan.

Untuk pelancaran kali ini, FAS telah mengumumkan sebanyak 5 sekolah rendah yang akan terlibat dengan
program FAS Soccer Schools di sekitar Selangor. Sekiranya ada sekolah lain yang berminat untuk ingin tahu lebih
lanjut atau menjadi sebahagian daripada FAS Soccer Schools, anda boleh menghubungi Ketua FAS Soccer
Schools di nazrin@footballselangor.my .