Perbezaan Kit Ke-3 Edisi Pemain & Penyokong

Perbezaan Kit Ke-3 Edisi Pemain & Penyokong

FA Selangor dengan rasminya telah melancarkan kit ke-3 dari Joma pada 16 Disember yang lalu dan disempurnakan oleh Raja Muda Selangor, DYTM Tengku Amir Shah, yang juga merangkap Presiden FAS.

Untuk kit ini, warna hijau iaitu warna kegemaran yang juga warna rasmi bagi Raja Muda Selangor, telah dipilih sebagai warna utama.

Ini adalah sebagai satu lambang bahawa pasukan Selangor sentiasa mendukung kebesaran dan kedaulatan raja serta negeri sebagai satu elemen penting yang perlu dipelihara.

Dua edisi telah dikeluarkan untuk peminat setia skuad Red Giants iaitu Edisi Pemain (Player Issue) dan Edisi Penyokong (Fans Issue).

           

Untuk Edisi Pemain, ia dilengkapi dengan logo pasukan dan jenama Joma dari woven silicone 3D. Label penaja bahagian hadapan pula menggunakan teknologi heat transfer.

Bagi menyerlahkan lagi ciri premium edisi pemain, logo JOMA dan jata RMS turut dihidupkan dengan teknik embroidery. Ia turut dilengkapi dengan collar tape JOMA dan bottom tape Red Giants.

Bagi Fan Issue, jata logo FA Selangor, JOMA dan penaja adalah dalam bentuk sublimation print. Manakala jata logo Raja Muda Selangor di belakang kolar adalah dalam bentuk silk screen print.

Kit ke-3 ini kini boleh didapati di pasaran dengan harga RM49.00 (RM44.10 untuk ahli Red Giants) bagi edisi penyokong dan RM99.00 (RM89.10 untuk ahli Red Giants) bagi edisi pemain.

Kepada anda yang ingin mendapatkan jersi ini, anda boleh membuat tempahan di laman rasmi FA Selangor atau beli terus di pejabat FAS.

Anda juga boleh mendaftar sebagai ahli penyokong rasmi Red Giants di sana.

Layari faselangor.my untuk maklumat lanjut.