Kenali Pemain Selangor: Ashmawi Yakin

Kenali Pemain Selangor: Ashmawi Yakin

Kenali Pemain Selangor: Ashmawi Yakin

Ashmawi Yakin atau lebih dikenali sebagai Mawi, merupakan pemain kelahiran Negeri Sembilan, berusia 25 tahun dan memakai jersi bernombor 4 untuk pasukan Selangor pada musim kali ini.

Ashmawi Yakin memulakan karier bola sepak beliau semasa berusia 17 tahun untuk pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2011, sebelum diserap masuk oleh Ong Kim Swee ke dalam pasukan Harimau Muda B pada usia 19 tahun.

Setelah beraksi untuk Harimau Muda B dan Harimau Muda, beliau kembali semula ke negeri kelahiran dan untuk mewakili pasukan Negeri Sembilan selama setahun.

Mawi memulakan perjalanan bersama Red Giants selepas menanda kontrak pada 4 Disember 2017 bersama pasukan Selangor dan aktif dengan penampilan beliau dalam 12 perlawanan menyarung jersi Merah Kuning pada musim 2018.

Masih kami ingat lagi, antara persembahan terbaik pemain pertahanan ini, adalah ketika penampilan beliau dalam perlawanan Selangor v Terengganu FC pada 16 May 2018. Mawi yang berjaya menundukkan ketajaman Kipre, penyerang Terengganu FC dengan bentesan-bentesan menarik terus sekaligus menambat hati ramai penyokong Gergasi Merah sejak dari situ.

Kini, Mawi masih lagi bersama dengan pasukan Selangor musim 2019 dan akan terus menjadi sebahagian daripada kekebalan jentera pertahanan Selangor musim ini.