AVISENA RAKAN PERUBATAN STRATEGIK PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

AVISENA RAKAN PERUBATAN STRATEGIK PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR

Shah Alam: Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terus mendapat suntikan semangat apabila telah berjaya menjalinkan satu lagi kerjasama bersama Hospital Pakar Avisena.

Kedua-dua organisasi hari ini telah menandatangani perjanjian di mana Hospital Pakar Avisena diiktiraf sebagai rakan perubatan strategik FAS atau ‘Preferred Healthcare Partner’ untuk kesemua pemain, pegawai dan staf FAS.

Detik bersejarah ini turut disaksikan oleh DYTM Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Selangor dimana FAS diwakili oleh Setiausaha Agung, Dr.Johan Kamal Hamidon manakala Avisena diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan mereka, Y.Bhg. Dato Dr. Omar Abdul Hamid disamping pengurusan tertinggi kedua-dua pihak.

Kerjasama ini menyaksikan Hospital Pakar Avisena menyediakan segala keperluan rawatan perubatan termasuk fasa proses pemulihan untuk pemain-pemain yang mengalami kecederaan. Avisena mempunyai pasukan fisioterapi dan pakar bedah dan unit Ortopedik yang mahir dan terlatih dalam bidang pengurusan proses pemulihan terutamanya untuk sukan berprestasi tinggi.

Di samping itu juga, pihak Avisena juga akan menaja dan membiayai sebahagian dari kos rawatan dan perubatan untuk kesemua staf Persatuan Bolasepak Selangor. Persatuan Bolasepak Selangor amat berterima kasih atas kerjasama strategik ini dan berharap ia akan terus menyemarakkan semangat pemain Red Giants untuk memberikan persembahan yang terbaik.

Kerjasama ini membukitikan bahawa usaha transformasi pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor dibawah DYTM Raja Muda Selangor mendapat keyakinan sektor swasta untuk bekerjasama dengan FAS.

Kerjasama ini juga akan menyaksikan jenama Avisena pada kesemua platform komunikasi digital dan pengiklanan di Stadium Shah Alam untuk perlawanan membabitkan pasukan Selangor. Avisena juga bersetuju untuk memberikan promosi istimewa dari semasa ke semasa untuk pemegang kad ahli Red Giants.

Untuk maklumat lanjut mengenai Avisena, layari www.avisena.com.my