Azreen Zulkafali Ahli Baru Skuad Gergasi Merah

Azreen Zulkafali Ahli Baru Skuad Gergasi Merah

Suka citanya diumumkan bahawa Azreen Zulkafali kini sah bergelar pemain Selangor FA bagi musim 2019.

Pemain pertahanan yang berusia 29 tahun ini telah bersama-sama membantu menguatkan pertahanan Felda United bagi musim lepas sehingga mereka berjaya menjadi pencabar yang tidak boleh dipandang rendah sepanjang liga dan kejuaraan Piala Malaysia 2018.

Penghijrahan Azreen ke Selangor untuk kali ini merupakan perpindahan yang ke-5 sepanjang karier beliau. Azreen sebelum ini pernah juga beraksi bersama dengan kelab jiran negeri ini iaitu PKNS dan telah tampil dalam lebih 20 perlawanan bagi skuad Semut Merah itu.

Sepanjang karier beliau juga, Azreen pernah bersama dengan MBJB dan ATM.

Pemain yang berasal dari skuad Harimau Muda C ini merupakan antara pemain yang terkenal keras mempertahankan benteng pertahanan pasukan.

Kehadiran Azreen Zulkafli adalah bukti komitmen persatuan untuk menambahkan kekebalan bahagian pertahanan pasukan Selangor bagi menjulang kejuaraan musim hadapan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Azreen akan dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan semakin sukar dibolosi.

Hantarkan ucapan anda kepada Azreen di sosial media dengan menggunakan #AzreenIsRed.