Baki dua perlawanan penentu ke separuh akhir

Baki dua perlawanan penentu ke separuh akhir

Dengan berbaki dua perlawanan sahaja lagi bagi saingan Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR), Selangor harus mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan mereka layak ke pusingan separuh akhir.

Skuad Selangor kini berada di kedudukan keempat selepas menang satu perlawanan, seri dua perlawanan dan tewas satu perlawanan dengan lima mata berjaya dikutip.

Namun Selangor diikuti rapat oleh pasukan ATM yang telah meraih empat mata tetapi masih lagi berbaki tiga perlawanan.

Dua perlawanan akan diharungi oleh skuad wanita Selangor adalah Kelantan yang dijadualkan pada 28 Jun 2018.

Sudah pasti ini peluang yang perlu diambil oleh Selangor memandangkan Kelantan pada musim ini gagal mempamerkan aksi terbaik mereka.

Kelantan yang masih lagi gagal mencatat sebarang kemenangan dengan satu mata sahaja diraih selepas seri satu perlawanan dan tewas tiga perlawanan.

Seterusnya, lawan Selangor adalah pasukan Kedah pada 29 Jun 2019.

Kedah yang juga baru bermain tiga perlawanan, kini berada di kedudukan kedua dengan enam mata berjaya diraih.

Kedah juga berjaya menjaringkan sembilan gol berbanding Selangor yang hanya menjaringkan tiga gol.

Semoga pasukan Selangor akan mempamerkan aksi terbaik untuk dua perlawanan ini sekaligus layak ke peringkat separuh akhir.