Berita

Selangor Terus Menerima Sokongan Sektor Korporat

Pengurusan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) terus menerima kepercayaan sektor korporat apabila syarikat perlabuhan yang beroperasi di Port Klang, Northport (Malaysia) Berhad sudi menaja FAS Selangor sebanyak RM 35,000 bagi musim ini. Namun, tajaan ini mempunyai sedikit kelainan kerana selain sumbangan wang tunai, Northport juga telah membuat...

MPFL2019: Selangor Tempa Kemenangan Kedua Liga

SHAH ALAM- Selepas mempamerkan aksi cemerlang menentang Perak minggu lalu, Selangor sekali lagi beraksi baik untuk menewaskan Melaka 3-1 di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam sebentar tadi. Seperti perlawanan lalu, jurulatih Selangor, Addy Sharrulyzam menurunkan pemain-pemain utama mereka seperti Fariq Mohammad, Azrul Hadee serta Shamsul Akhmar. Sebaik...

Selangor benam Pahang 5-2

SHAH ALAM- Aksi yang cemerlang dipamerkan skuad Red Giants untuk menewaskan Pahang 5-2 pada perlawanan ke-18 Liga Super 2019 sekaligus memastikan tiga mata penuh milik mereka di Stadium Shah Alam semalam. Ini merupakan jumlah jaringan terbesar dalam satu perlawanan yang pernah dijaringkan oleh pasukan Selangor bagi...

Misi Tewaskan Pahang

SHAH ALAM- Selepas cemerlang mengikat Pahang 1-1 Februari lalu, Selangor tekad untuk menewaskan Pahang di Stadium Shah Alam Selasa ini. Namun aksi kali ini tidak akan menyaksikan kelibat Rufino Segovia atas faktor kecederaan jangka panjangnya. Pasukan Pahang kini menghuni tangga kedua liga dengan 30 mata berjaya diraih...

Selangor Tewas Di Larkin

LARKIN- Pasukan Red Giants terpaksa akur dengan kekalahan tipis 3-2 ke atas pendahulu Liga Super 2019, Johor Darul Takzim dalam satu aksi yang menarik di Stadium Tan Sri Dato' Haji Yunos semalam. Sebaik sahaja wisel permainan dibunyikan, JDT tampil lebih bertenaga dengan mereka menguasai perlawanan. Namun Endrick...

KENYATAAN MENGENAI FARIZAL HARUN

KENYATAAN MENGENAI FARIZAL HARUN Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah bermesyuarat berkaitan dengan beberapa insiden membabitkan Farizal Harun baru-baru ini. Dalam usaha memberi kesedaran dan memperbaiki sikap profesional para pemain, beberapa langkah konstruktif yang telah dikenalpasti untuk diambil. Pertama sekali, FAS telah memutuskan untuk Farizal menjalani...

Lembah Klang Kekal Merah

SHAH ALAM- Penamat yang penuh drama dilakar Selangor selepas berjaya menewaskan Kuala Lumpur dengan keputusan 2-1 apabila Sandro Da Silva berjaya menjaringkan gol pada minit akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi. Perlawanan bermula dengan penuh aksi apabila Selangor melancarkan serangan ke arah kubu pertahanan pasukan...

Previu perlawanan: Selangor vs Kuala Lumpur

SHAH ALAM- Selepas berjaya mencatat kemenangan dramatik 3-2 menentang pasukan Kuala Lumpur di Cheras Mac lalu, Selangor tekad untuk mempamerkan aksi yang lebih baik bagi pertembungan pusingan kedua pada Sabtu ini di Shah Alam. Kemenangan ke atas Kuala Lumpur juga merupakan kemenangan pertama Selangor bagi musim...