Kenali Pemain Selangor: D Kugan

Kenali Pemain Selangor: D Kugan

D Kugan, pemain berjersi nombor 12 skuad Merah Kuning ini adalah merupakan anak jati Selangor yang berusia 22 tahun.

Kugan a/l Dhevarajan memulakan karier bola sepak beliau semasa berusia 16 tahun bersama pasukan Belia Selangor dan berjaya menunjukkan permainan yang meyakinkan sehingga diserap masuk ke dalam pasukan Selangor bawah 21 tahun pada tahun 2015.

Pemain tengah ini membuat penampilan sulung beliau untuk pasukan Selangor bawah 21 tahun dan merupakan pemain utama pasukan itu.

Dengan melakukan 23 penampilan dan menjaringkan 4 gol, Kugan berjaya membantu pasukan ini merangkul kejuaraan Piala Presiden 2017.

Setelah menunjukkan aksi yang konsisten, Kugan telah dipanggil menyertai pasukan senior Selangor pada 1 Januari 2018. Dalam perlawanan menentang PKNS, beliau telah menjaringkan gol pertamanya untuk Red Giants apabila berjaya menanduk masuk hantaran Ilham Udin Armaiyn.

Kugan kini terus bersama pasukan Selangor untuk musim 2019 dan akan terus menjadi sebahagian daripada jentera tengah skuad Red Giants.