EKSKLUSIF: Temu Ramah Jurulatih Baru FA Selangor

EKSKLUSIF: Temu Ramah Jurulatih Baru FA Selangor

Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sangat berbesar hati dan ingin mengumumkan serta mengalu-alukan kedatangan Ketua Jurulatih pasukan Selangor yang baru iaitu, B. Satiananthan.

Semestinya ada segelintir yang sudah dapat meneka bahawa FAS akan memilih B. Sathiananthan sebagai ketua jurulatih yang baru, berdasarkan pengalaman dan kejayaan sepanjang karier beliau, serta beberapa kali telah dinobatkan sebagai jurulatih terbaik kebangsaan, membawa pasukan-pasukan di bawah bimbingan beliau mencapai sesuatu yang selalunya dianggap, diluar jangkaan.

Namun sukacita ingin kami maklumkan bahawa setiap keputusan yang diambil oleh FAS sekarang telah dikaji dan diteliti oleh ahli-ahli jawatankuasa tertinggi, serta mengambil kira suntikan cadangan dari penyokong-penyokong dan dari mereka yang berpengalaman. Kami percaya keputusan ini adalah yang terbaik buat FAS.

Ketika diminta mengulas tentang perpindahan beliau bagi mengemudi skuad Gergasi Merah untuk musim 2019, Coach Satia sempat berkongsi rasa terima kasih beliau kepada Tuanku Presiden, serta barisan kepimpinan FAS yang telah memberi kepercayaan kepada beliau sebelum menyampaikan sepatah dua kata kepada para penyokong.

“Semasa saya menghadap Tuanku RMS, saya sangat tertarik dengan perancangan Tuanku untuk mengembalikan aura Red Giants. Barisan pengurusan baru Selangor telah menunjukkan landasan yang jelas untuk memajukan bolasepak di negeri ini. Semua perancangan FAS nampaknya berada di landasan yang betul jadi saya sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan ini.”

“Untuk nadi Red Giants iaitu para penyokong, saya berjanji yang saya dan barisan jurulatih Selangor akan memberikan komitmen yang terbaik untuk pasukan Selangor supaya kita menjadi pencabar yang terbaik dalam liga. Saya juga sangat mengharapkan sokongan dan bantuan untuk menaikkan semangat para pemain untuk memberi yang terbaik di atas padang.”

Meskipun beliau bukanlah pilihan pertama untuk menjadi pengendali Red Giants pada awalnya, tetapi segala pengalaman dimiliki beliau, pihak FAS yakin ianya mampu untuk membawa pasukan kesayangan kita ini ke tahap yang lebih tinggi.

Ditanya tentang perasaan beliau sebelum menghadapi kempen musim 2019, “Sebenarnya, saya sudah tidak sabar lagi untuk membimbing pasukan Red Giants.”

“Saya masih ingat zaman saya bermain bola dulu, selalunya sebagai pemain, kita sangat berharap untuk dipilih bermain bersama pasukan Selangor, kerana pada masa itu, pasukan Selangor adalah ‘The Glamour Team’ dalam kancah bolasepak negara. Sekarang, saya diberi peluang untuk mengemudi pasukan ini. Sudah tentulah saya tidak sabar lagi  untuk melalui hari pertama latihan. Walaupun begitu, saya masih tetap sedar tentang hakikat cabaran untuk melatih pasukan ini adalah sangat besar.

Coach yang turut menilai beberapa perkara dalam membuat keputusan sebelum menandatangi kontrak untuk bersama dengan pasukan Selangor, telah melihat sejarah pasukan ini, stadium, para penyokong, training kompleks, dan berjumpa dengan mereka yang berada di sebalik tabir pasukan sebagai proses dan faktor beliau mengambil keputusan ini.

“Sejarah Merah Kuning memang hebat, ditubuhkan pada tahun 1936 (82 Tahun), pasukan pertama di Malaysia yang layak ke Final Asian Champions Club bertemu pasukan daripada Isreal, walaupun tewas, Red Giants tetap mengukir sejarah sebagai pasukan pertama negara yang berjaya melangkah jauh dalam pertandingan kelab antarabangsa Asia (AFC).”

“Mempunyai tunjang penyokong yang cukup hebat dan sentiasa berada dibelakang pasukan, inilah sebenarnya pembakar semangat pemain-pemain dan pegawai-pegawai pasukan Red Giants.”

“Dalam fikiran saya sekarang hanya satu perkara. Saya ingin memberikan yang terbaik dan cuba sedaya upaya untuk merangkul kejuaraan trofi yang boleh membawa keceriaan dan terus menyemarakkan semangat semua peminat Red Giants.”

Ketika diminta melihat kepada kualiti pemain-pemain yang ada pada Selangor sekarang, sama ada beliau bakal membawa nama-nama baru ke dalam skuad Selangor, beliau mengakui yang akan membawa 4 atau 5 muka-muka baru ke dalam skuad Selangor bagi memantapkan lagi pasukan ini.

“Saya melihat beberapa perlawanan Selangor musim lepas dan dapati ada beberapa pemain muda yang berbakat diturunkan oleh pasukan Red Giants.  Antaranya Muhd Amirul, A. Nama, K. Kannan, Sean Selvaraj, Syahmi dan ramai lagi yang telah menunjukan prestasi yang baik.”

“Kita akan sentiasa menambah kekuatan dengan pemain-pemain yang berkualiti untuk terus membina pasukan ini untuk masa depan Selangor. Saya juga berharap pemain seperti Amri akan dapat menggunakan segala pengalaman beliau dan membantu kita berjaya dalam kempen musim 2019.”

Melalui perspektif Coach Satia, antara area ataupun perkara yang beliau pasti dan ingin pertama sekali ketengahkan untuk meningkatkan kualiti pemain dan skuad ini adalah memperkenalkan konsep permainan yang sesuai berdasarkan personaliti pemain yang kita ada.

“Secara peribadi saya lebih suka pemain simpan bola melalui hantaran-hantaran pendek dan menguasai bola daripada pihak lawan. Apabila kita kehilangan bola, pasukan kita hendaklah merampas balik bola dengan secepat mungkin.”

Ketika ditanya tentang Syazwan Zainon, pemain sayap yang berpengalaman dan mempunyai kualiti tersendiri yang baru-baru ini menandatangi kontrak bersama Selangor, sama ada Wan Karpet bakal mempunyai tempat dalam perancangan utama Selangor, beliau mengulas yang pemain seperti ini penting bagi membawa dimensi yang berbeza dalam konsep permainan.

baru-baru ini dibawa masuk telah membawa masuk pemain sayap baru dari Kedah FA. Pemain yang cukup berpengalaman, laju dan mempunyai kualiti yang tersendiri. Adakah Syazwan atau Wan Karpet ini bakal mempunyai tempat dalam perancangan utama coach?

Coach Satia telah berjaya membantu Felda mendapat tempat ketiga dalam Liga Super pada tahun 2017, dan seterusnya dianugerahkan Jurulatih Terbaik Liga Super oleh FAM. Kemudian beliau sekali lagi berjaya membawa Felda yang pada awalnya terpaksa meninggalkan Liga Super bagi menyertai Liga Perdana atas isu lesen, kemudian turut menjuarai Liga Perdana dan seterusnya kembali mendapat tempat di Liga Super hanya dengan first-attempt.

Tambah beliau lagi, “Jika semua barisan jurulatih , pegawai pasukan dan pemain memberi 100% dalam latihan dan perlawanan maka saya percaya kita boleh mengembalikan  kegemilangan pasukan Merah Kuning.”

Coach Satia juga dikenali dengan Style of Play yang suka permainan bermula dari bawah dan bergerak dengan hantaran-hantaran pendek dan jauh sesuai dengan keadaan dan tempo permainan. Antara strategi beliau yang banyak kita dapat lihat juga adalah serangan pantas yang meletakkan pihak lawan berada dalam keadaan tidak stabil.

“Falsafah saya adalah kita semua akan defend apabila kita tidak ada bola tapi bila kita mempunyai bola kita akan serang  bersama.”

Ketika ditanya berkenaan perkara-perkara yang dilihat penting sebagai persediaan semasa berada di pra musim, beliau menekankan kepentingan tahap kecergasan agar dibina hingga mencapai tahap yang amat baik, serta keinginan beliau untuk memperkenalkan konsep-konsep permainan kepada pemain dengan lebih awal.

Akhir sekali, semasa Coach Satia diminta untuk berkongsi prinsip dan objektif beliau untuk pasukan Selangor, beliau berkata, “Prinsip saya ialah fokus dalam latihan. Setiap orang perlu tahu apa yang kita perlu buat  semasa perlawanan dan tiada siapa yang lebih besar daripada pasukan. Kita semua mempunyai tanggungJawab untuk mengembalikan aura Red Giants.”

“Objektif saya untuk pasukan Selangor ini hanya satu. Menang.”