Endrick Dos Santos Parafita Diimport Sebagai Ahli Keluarga Baru Selangor

Endrick Dos Santos Parafita Diimport Sebagai Ahli Keluarga Baru Selangor

Suka cita diumumkan bahawa Endrick Dos Santos Parafita kini sah bergelar pemain Selangor bagi musim 2019.

Pemain tengah ini berusia 23 tahun dan merupakan anak kelahiran negara yang cukup sinonim dengan bola sepak, iaitu Brazil.

Sepanjang karier beliau, Endrick telah beraksi dengan hampir 8 kelab bola sepak semenjak dari peringkat belia lagi. Ini termasuklah kebanyakkan kelab dari Brazil dan yang terbaru, sebelum menyertai Selangor, sebuah kelab dari Malaysia, iaitu Felcra FC.

Kreativiti dan kebolehan beliau mengawal bahagian tengah telah banyak menjadi nadi penggerak kepada rancangan pasukan-pasukan yang pernah beliau beraksi bersama sebelum ini, dan banyak mempengaruhi tempo dan taktikal permainan.

Endrick merupakan antara pemain import yang bukan sahaja mempunyai skill yang menarik, malah turut mempunyai pengalaman dengan kancah dan corak liga di negara kita. Beliau juga pernah menjejakkan kaki ke Stadium Shah Alam semasa tampil  musim lalu untuk Felcra FC.

Melalui beberapa siri perlawanan percubaan semasa pramusim ini juga dapat kita lihat hantaran-hantaran berbahaya dan kawalan tempo perlawanan yang begitu baik sekali dipamerkan oleh Endrick telah menjadi pencetus kepada beberapa jaringan buat skuad Gergasi Merah setakat ini.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Endrick akan dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang tajam dan lebih kreatif di bahagian serangan.

Hantarkan ucapan anda kepada Endrick Dos Santos di sosial media dengan menggunakan #EndrickIsRed.

Welcome and we wish you all the best Endrick!