Soalan Lazim / FAQ

FAQ JERSEY

1. Saya telah buat pendaftaran secara online, tetapi belum dapat kad lagi? Adakah saya layak untuk membuat pratempah jersi ini?

Ya. Anda cuma perlu login ke laman tersebut dengan menggunakan login keahlian anda.

2. Saya tidak boleh akses web?

Buat masa ini, laman tersebut menerima trafik yang agak tinggi dan kami sedang dalam proses untuk menaiktaraf server dan web.

Antara beberapa perkara yang boleh anda lakukan jika anda tidak dapat login, atau proses pembelian anda tersekat kerana web akses, anda boleh:

a. Clear cache web browser anda

b. Pastikan data connectivity anda berada pada tahap optimum

c. Gunakan wifi jika boleh

d. Gunakan desktop browser berbanding mobile browser

3. Bolehkah saya mengambil kad dan jersi menggunakan soft copy dokumen?

Boleh. Anda cuma perlu bawa bersama bukti identiti pada hari pengambilan. Untuk mengelakkan salah faham, sila bawa kad pengenalan beserta resit pembayaran pada 16hb Disember ini.

4. Apakah dokumen yang diperlukan pada hari tersebut?

a. Resit pembayaran

b. Kad pengenalan / Passport

5. Sekiranya saya tidak dapat datang untuk ambil jersi saya pada 16hb, apakah yang boleh saya buat?

a. Kutipan jersi di Stadium Shah Alam; Jersi boleh didapatkan di booth FAS pada Hari Bola Sepak Selangor bersebelahan dengan pentas.

b. Kutipan jersi secara pos; caj penghantaran perlu ditanggung sepenuhnya oleh ahli/pembeli selepas 17hb Dis.

6. Boleh orang lain tolong ambil bagi pihak saya?

Boleh. Wakil anda cuma perlu bawa dokumen seperti no. 4

7. Bagaimana saya boleh buat pembayaran?

Pembayaran hendaklah dibuat menggunakan sistem transaksi online banking di penghujung permohonan sebelum checkout.

 

FAQ TEAM CARD

1. Bagaimanakah proses perlindungan insurans ini?

Perlindungan insurans anda diaktifkan selepas pembelian Red Giants Team Card. Proses untuk permohonan claim insurans akan dikongsikan dalam masa terdekat.

2. Berapa saya perlu bayar untuk yuran keahlian?

RM20 bagi setiap setahun dan tarikh luput kad adalah 31 Disember setiap tahun.

3. Berapa had umur untuk memohon?

Selagi hayat dikandung badan.

4. Sekiranya saya tidak dapat datang untuk ambil kad saya pada 16hb, apakah yang boleh saya buat?

a. Kutipan kad di pejabat FAS; boleh dibuat pada setiap Isnin hingga Jumaat (9PG – 11PG) (1PM – 3PM) di pejabat FAS selepas 17hb Dis.

b. Kutipan kad secara pos; caj penghantaran kad perlu ditanggung sepenuhnya oleh ahli/pembeli selepas 17hb Dis. (RM10 Semenanjung & RM15 Sabah/Sarawak)

c. Kutipan kad di stadium; Boleh dilakukan pada hari perlawanan iaitu 4 jam sebelum perlawanan bermula. Kaunter akan ditutup 1 jam sebelum perlawanan bermula.

5. Bagaimana saya boleh tukar cara collection?

Kami akan menambah cara pengambilan kad selepas 16hb Dis. Pada yang ingin menukar cara kutipan.

FAQ ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Anda mempunyai sebarang pertanyaan?

Sila maklumkan kepada kami

Pertanyaan / Maklumbalas

 

Verification