FAS School Outreach Program

FAS School Outreach Program

FAS School Outreach Program merupakan sebahagian daripada inisiatif FA Selangor untuk memupuk minat dalam kalangan kanak-kanak di bawah 12 tahun untuk hadir ke stadium dan menyokong bola sepak tempatan sejak dari bangku sekolah lagi.

Dalam program ini, pihak FA Selangor akan ke sekolah-sekolah rendah terpilih di seluruh negeri Selangor pada setiap minggu perlawanan ‘home’ dan mengadakan aktiviti dengan pelajar yang berusia 12 ke bawah.

 

Setiap murid akan diberikan cenderahati menarik dari pihak FA Selangor seperti poster pemain serta dua tiket perlawanan untuk minggu tersebut.

Mereka juga berpeluang bersalaman dan beramah mesra dengan pemain-pemain FA Selangor yang hadir untuk FAS School Outreach Program itu.

Program ini telahpun bermula pada bulan Mac yang lalu, sebelum perlawanan Selangor menentang JDT dan sambutan yang terima adalah sangat menggalakkan.

Antara sekolah-sekolah yang telah terlibat dalam program ini adalah:

• SK Bukit Naga
• SK Kg. Johan Setia
• SK Meru 2
• SK Sungai Binjai
• SK Bukit Kapar
• SK Meru
• SK (L) Bukit Bintang
• SK La Salle PJ
• SK Petaling Jaya
• SK Kampung Tunku

 

Jika terdapat sekolah yang berminat untuk menyertai program ini, pihak pengurusan sekolah boleh mengirimkan e-mel kepada kami di: media@faselangor.my

Diharapkan program seperti ini dapat memupuk rasa cinta kepada bola sepak Malaysia dalam kalangan kanak-kanak dan menerapkan semangat untuk turun menyokong pasukan kegemaran mereka di stadium.