Halim Saari Sertai Skuad Gergasi Merah

Halim Saari Sertai Skuad Gergasi Merah

Suka citanya diumumkan bahawa Abdul Halim Saari kini sah bakal menyarung jersi Selangor FA untuk musim 2019.

Halim telah melengkapkan perpindahan beliau dari Kedah FA dengan menandatangani kontrak bersama Red Giants untuk berhijrah ke Shah Alam bagi musim hadapan.

Anak jati dari negeri Jelapang Padi ini telah dilahirkan pada 14 November 1994 dan kini berumur 24 tahun.

Halim Shaari merupakan seorang pemain tengah yang mempunyai kebolehan untuk memimpin kawasan tengah padang dengan tegas.

Beliau juga pernah menjadi kapten bagi pasukan B21 Kedah sebelum diserap masuk ke skuad utama Helang Merah pada tahun 2016. Sehingga musim 2018, Halim telah tampil untuk skuad utama hijau kuning dalam 44 perlawanan.

Terkenal dengan hantaran-hantaran jauh yang tepat ke bahagian serangan, nama beliau sering meniti bibir peminat Kedah FA pada musim lalu.

Reputasi dan pengalaman Halim bersama skuad Kedah sejak musim 2016 merupakan antara kualiti yang dilihat bakal menguatkan lagi barisan skuad Selangor bagi musim hadapan.

Kehadiran Halim Saari adalah bukti komitmen persatuan untuk menambahkan ketajaman bahagian serangan pasukan Red Giants dengan kreativiti beliau selain turut membantu menperkasakan  jentera pertahanan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang kepada Halim Saari ke Selangor dan semoga beliau  dapat membawa Red Giants ke tahap yang lebih tinggi pada musim 2019.

Hantarkan ucapan anda kepada Halim di sosial media dengan menggunakan #HalimSaariIsRed.