Ifedayo Olusegun ahli terbaru Red Giants!

Ifedayo Olusegun ahli terbaru Red Giants!

Penyerang kelahiran Nigeria, Ifedayo Olusegun kini sah menjadi milik pasukan Selangor bagi memantapkan lagi barisan serangan Red Giants.

Berumur 28 tahun, Ifedayo merupakan calon yang terbaik bagi memantapkan lagi bahagian serangan Red Giants.

Selain itu, pengalaman beliau dalam kancah liga bola sepak Malaysia sudah pasti akan memberikan kelebihan buat Selangor.

Untuk rekod, Ifedayo pernah bermain untuk pasukan Melaka United dan berjaya mencetak lapan gol dalam sembilan penampilan Liga Super 2018.

Beliau juga pernah menabur khidmat bermasa pasukan Felda United bagi Liga Super 2017 dan berjaya menjaringkan lima gol dalam sembilan penampilan.

Bagi kelab luar negara pula, Ifedayo pernah bemain bersama pasukan Al Hidd (Bahrain) Malkiya (Bahrain) serta Rising Star (Nigerian).

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ingin mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Ifedayo bakal membantu Selangor untuk meraih kejayaan.