Info tentang Pas Bermusim.

Info tentang Pas Bermusim.

FA Selangor secara rasminya telah melancarkan Pas Bermusim 2019 bagi menyemarakkan lagi semangat dengan sokongan padu para penyokong serta menggamit sorakan-sorakan yang bakal menggegarkan stadium musim ini.

Bagi mereka yang memiliki pas ini, kami sedar, ini adalah bukti lambang darah Merah Kuning yang sudah sebati di dalam diri anda dan kami akui, sokongan sebegini bakal memainkan peranan dan memberikan impak yang besar kepada pasukan hingga mampu menjadi pencetus kejayaan Selangor merangkul kejuaraan musim ini.

Pas Bermusim 2019 disediakan dalam 3 bentuk iaitu Terbuka, Kanak-Kanak dan VIP. Setiap daripada pakej ini akan datang bersama beberapa item-item dan kelebihan-kelebihan yang tersendiri.

Antaranya adalah;

Pas Bermusim Terbuka Kanak-Kanak

RM79

  1. Manfaat pemegang Red Giants Team Card
  2. Keutamaan pembelian tiket perlawanan biasa (4 keping tiket tambahan untuk setiap pemegang pas bermusim)
  3. 1 lanyard eksklusif Selangor
  4. 1 jersi “Fan Issue” Selangor (Home atau Away)
  5. 1 poster pasukan Selangor
  6. Keutamaan membeli tiket final (1 keping tiket diperuntukkan untuk setiap pemegang pas bermusim)

 

Pas Bermusim Terbuka

RM199

  1. Manfaat pemegang Red Giants Team Card
  2. Keutamaan pembelian tiket perlawanan biasa (4 keping tiket tambahan untuk setiap pemegang pas bermusim)
  3. 1 lanyard eksklusif Selangor
  4. 1 jersi “Player Issue” Selangor (Home atau Away)
  5. 1 poster pasukan Selangor
  6. Keutamaan membeli tiket final (1 keping tiket diperuntukkan untuk setiap pemegang pas bermusim)

 

Pas Bermusim VIP

RM399

  1. Manfaat pemegang Red Giants Team Card
  2. Keutamaan pembelian tiket perlawanan biasa (4 keping tiket tambahan untuk setiap pemegang pas bermusim)
  3. 1 tempat duduk khusus untuk setiap pemegang pas bermusim VIP
  4. 1 lanyard eksklusif Selangor
  5. 1 jersi “Player Issue” Selangor (Home atau Away
  6. 1 mafla eksklusif Selangor
  7. 1 poster pasukan Selangor
  8. 1 tempat letak kereta khas
  9. 1 pelekat kereta VIP
  10. 1 diari eksklusif Selangor beserta surat daripada RMS
  11. Keutamaan membeli tiket final (1 keping tiket diperuntukkan untuk setiap pemegang pas bermusim)

 

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan pas bermusim anda sekarang kerana peruntukan tempat duduk adalah terhad! Dapatkan sekarang di https://redgiants.faselangor.my/pas-bermusim/

Terma dan syarat: https://redgiants.faselangor.my/terma-syarat/

FAQ: https://redgiants.faselangor.my/faq-pas-bermusim/