“Kami sudah bersedia”

“Kami sudah bersedia”

SHAH ALAM- Pengurus pasukan bola sepak wanita Selangor, Suhaizi Abd Hamid menyatakan anak buahnya sudah bersedia menyahut cabaran bagi menewaskan Kedah di peringkat separuh akhir sekaligus layak ke final.

“Semua pemain-pemain sudah bersedia dari segi fizikal, mental dan kesemuanya bebas daripada kecederaan,” ujar Suhaizi.

Credit: asiana.my

Suhaizi juga berkata ketua jurulatih beliau telah memberikan arahan yang sepatutnya dan beliau yakin pemain-pemainnya mampu untuk melakukan tugasan yang baik.

Kedah yang merupakan pasukan juara bertahan pernah menewaskan Selangor pada tahun lalu.

Namun bagi Suhaizi, situasi bagi perlawanan separuh akhir pada kali ini amat berbeza dan beliau berharap anak buah beliau mampu untuk melakukan kejutan.

Credit: asiana.my

Pasukan bola sepak wanita beraksi dengan baik pada peringkat kumpulan dan berjaya menamatkan kedudukan di tangga keempat meskipun banyak membariskan pemain muda.

Selangor dijadualkan untuk bertemu Kedah pada 6 Julai 2019 jam 9 pagi di Stadium MMU, Cyberjaya.

Semoga persembahan terbaik dipamerkan skuad bola sepak wanita kita sekaligus layak ke peringkat akhir.