KENYATAAN MENGENAI FARIZAL HARUN

KENYATAAN MENGENAI FARIZAL HARUN

KENYATAAN MENGENAI FARIZAL HARUN

Pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) telah bermesyuarat berkaitan dengan beberapa insiden membabitkan Farizal Harun baru-baru ini.

Dalam usaha memberi kesedaran dan memperbaiki sikap profesional para pemain, beberapa langkah konstruktif yang telah dikenalpasti untuk diambil.

Pertama sekali, FAS telah memutuskan untuk Farizal menjalani program khidmat masyarakat dalam klinik bola sepak sebagai jurulatih penjaga gol untuk anak-anak muda di sekitar Selangor.

Keduanya, beliau telah bersetuju untuk mengikuti sesi kaunseling bersama pakar yang akan dikenalpasti dalam masa terdekat.

Tambahan daripada denda yang telah dikenakan oleh FAM kepadanya, kos-kos berkaitan dengan kesemua perkara di atas akan ditanggung sepenuhnya oleh Farizal.

Selain itu, Farizal yang kesal dengan apa yang berlaku, turut terpanggil untuk menaja kos perjalanan bas dan tiket perlawanan bagi 30 penyokong untuk perlawanan menentang Felda United dan 30 penyokong bagi perlawanan menentang Perak.

60 penyokong ini akan dipilih oleh FA Selangor berdasarkan rekod kehadiran mereka bersama program Away Day FAS sebelum ini.

Beliau berharap sumbangan ini dapat memberi peringatan kepadanya tentang pengorbanan para penyokong untuk pasukan yang mereka cintai.

Semoga pendekatan yang lebih membina dan konstruktif ini dapat meningkatkan tahap profesional para pemain Selangor dan mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini dari berulang lagi pada masa hadapan.

Pihak pengurusan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak di atas sokongan berterusan yang diberikan dalam mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk menangani perkara ini.