Kenyataan Rasmi Berkenaan Dengan Kononnya Kongress Luar Biasa Diadakan

Kenyataan Rasmi Berkenaan Dengan Kononnya Kongress Luar Biasa Diadakan

Beta dimaklumkan telah terdapatnya sebuah perjumpaan yang kononnya kongres luar biasa yang diadakan pada 8 November 2018 jam 8.00 malam di Nouvelle Hotel, Seri Kembangan untuk memilih Ahli Jawatankuasa Persatuan Bola Sepak Selangor yang baharu untul penggal 2017-2021. Di dalam ‘perjumpaan’ tersebut, Beta telah kononnya dipilih sebagai Presiden FAS oleh kumpulan yang menghadiri ‘perjumpaan’ tersebut tanpa persetujuan daripada Beta.

Berikutan beberapa memo yang telah diedarkan oleh Sekretariat Agung FAS yang mempertikaikan kesahihan ’perjumpaan’ ini, Beta sekali lagi ingin menekankan bahawa ‘perjumpaan’ tersebut tidak sah, tidak mengikut prosedur yang betul dan tidak diiktiraf oleh Beta dan juga persatuan. FAS telahpun mengadakan beberapa mesyuarat dan perbincangan dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM) dan juga Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sejak isu ini timbul dan segala maklumat serta bukti mengapa ‘perjumpaan’ ini tidak sah telahpun kami berikan.

Pendirian Beta mengenai kesahihan ‘perjumpaan’ yang kononnya telah diadakan tersebut adalah terbatal dan tidak sah kerana ia tidak memenuhi Artikel 30 yang termaktub dalam Statut FAS. Mereka juga gagal untuk memberi sebarang bukti kepada PSM dan FAM untuk menunjukkan mereka mempunyai korum yang secukupnya untuk mengadakan kongres apabila telah diminta untuk berbuat demikian. Tambahan daripada itu, kumpulan tersebut juga gagal untuk mendapat korum yang secukupnya semasa kononnya ‘perjumpaan’ kongres tersebut diadakan pada 8 November 2018. Dengan demikian Beta menolak dan tidak mengiktiraf sebarang keputusan yang telah diadakan pada perjumpaan yang kononnya ‘kongres’ tersebut diadakan pada 8 November 2018, termasuk kononnya ahli jawatankuasa FAS yang baharu dilantik.

Sekian terima kasih.

Yang benar,
DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS)

———-

I was informed that a meeting purportedly to be the Extraordinary Congress (EC) was held on the 8th November 2018 at 8.00 p.m. at the Nouvelle Hotel, Seri Kembangan to elect the new office bearers of the Football Association of Selangor (FAS) for the year 2017-2021. In that ‘meeting’, I was purportedly elected as the President of FAS but it was without my consent by the group of individuals who attended the ‘meeting’.

Following the numerous memos circulated by the General Secretariat of FAS disputing the validity of this purportedly EC, I would like to reiterate again that the EC is invalid, does not follow the procedures and is not recognised by myself and the association. FAS has had multiple meetings with Sports Commissioner and FAM and we have kept them updated with facts and proof since the beginning of this issue to proof that the EC is invalid.

My stand on the validity of the purportedly EC remains null and void as the group of individuals have not met the requirements as stated in Article 30, FAS Statute 2010, where they have not only failed to show any evidence to the Sports Commissioner and FAM that they have enough quorum to call for an EC but have also failed to have enough quorum attending the purportedly EC on the 8th November 2018. Therefore, I would like to dismiss any decisions made during the purportedly EC on the 8th November 2018 including the newly elected officers of FAS.

Thank you.

Yours faithfully,
DYTM TENGKU AMIR SHAH IBNI SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ
President Football Association of Selangor (FAS)