Khyril Muhymeen Kini Keluarga Red Giants

Khyril Muhymeen Kini Keluarga Red Giants

Suka citanya diumumkan bahawa Khyril Muhymeen kini sah menyarung jersi Selangor FA untuk musim 2019.

Mohd Khyril Muhymeen telah melengkapkan perpindahan beliau ke Shah Alam dari Perlis FA dengan menandatangani kontrak bersama Red Giants.

Kyril Muhymeen telah dilahirkan pada 9 May 1987 dan merupakan seorang pemain yang cukup berpengalaman. Anak jati dari negeri Kedah ini sangat dikenali dalam kancah bola sepak Malaysia sejak dari umurnya 19 tahun lagi.

Kemunculan pertama Khyril Muhymeen yang sangat memberangsangkan bersama Kedah FA telah meletakkan beliau sebaris dengan pemain lain yang digeruni. Beliau adalah antara pemain yang membawa skuad Kedah menjuarai kejuaraan treble Piala Malaysia, Piala Fa dan Liga Super pada tahun 2007 dan 2008.

Beliau juga merupakan seorang penyerang yang sangat berkaliber dan terkenal dengan sepakan-sepakan tepat ke pintu gol lawan. Pengalaman dan reputasi Khyril Muhymeen bersama pasukan Malaysia juga tidak harus dilupakan.

Ini merupakan antara kualiti yang dilihat berpotensi untuk memperkuatkan lagi barisan serangan Selangor.

Kehadiran beliau adalah bukti komitmen pihak pengurusan untuk menambahkan ketajaman bahagian serangan Red Giants. Dengan rekod terbaru beliau 2 gol dalam 3 perlawanan bersama pasukannya sebelum ini diharap dapat terus mengekalkan momentum untuk membantu pasukan Merah Kuning.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang kepada Khyril Muhymeen ke Selangor. Semoga dengan kehadiran beliau mampu membawa Red Giants ke tahap yang lebih tinggi pada musim ini.

Hantarkan ucapan anda kepada Khyril di media sosial dengan menggunakan #KhyrilisRed.