Maklumbalas Pesuruhjaya Sukan Malaysia Berkenaan Mesyuarat Yang Kononnya Kongres Luar Biasa

Maklumbalas Pesuruhjaya Sukan Malaysia Berkenaan Mesyuarat Yang Kononnya Kongres Luar Biasa

19HB DISEMBER 2018 / 11 RABIUL AKHIR 1440 HIJRAH

Sekretariat Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) semalam telah menerima surat daripada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Malaysia bertarikh 17 Disember 2018. Surat tersebut menyatakan bahawa mesyuarat yang kononnya Kongres Luar Biasa (EGM) pada 8 November lepas telah melanggar statut dan terdapat beberapa keraguan maka ianya adalah tidak teratur dan tidak mengikut proses.

Tuanku Presiden, barisan Exco dan Sekreteriat Agung FAS berasa amat bersyukur atas perkembangan ini dan fokus kami untuk memantapkan persiapan untuk bersaing pada musim 2019 dapat dipertingkatkan. Kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong Red Giants yang telah memberi sokongan sepenuhnya kepada kami selama ini.

Akhir sekali, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah menangani isu ini dengan penuh kredibiliti dan profesionalisma.

DR. JOHAN KAMAL HAMIDON
Setiausaha Agung, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS)