Red Giants Team Card

Red Giants Team Card

Red Giants Team Card adalah salah satu inisiatif baru FAS bagi menghargai pemain ke-12 pasukan Selangor, iaitu para penyokong. Sokongan peminat yang tidak berbelah bagi selama ini sememangnya telah sentiasa menjadi tulang belakang pasukan ini.

Semangat dan pengorbanan ini juga turut dimanifestasikan dengan #akuredgiants daripada para penyokong dalam menunjukkan sokongan padu di mana jua mereka berada.

Platform ini disediakan bagi memberi peluang kepada penyokong untuk terlibat secara langsung dengan pasukan Selangor. Dalam masa yang sama terdapat bebeberapa kelebihan-kelebihan istimewa yang datang bersama kad ini selain menjadi identiti Red Giants dan kunci peminat ke Stadium Shah Alam.

Antaranya, dengan keahlian ini, pemilik Red Giants Team Card dapat menempah dan membeli tiket perlawanan secara online dengan harga diskaun. Team Card ini seterusnya boleh digunakan sebagai tiket perlawanan. Pemilik Red Giants Team Card juga turut dapat menempah dan membeli barangan rasmi FAS pada harga diskaun.

Yang lebih menarik lagi, pemegang Red Giants Team Card juga akan dapat berkongsi pendapat terus kepada pegawai-pegawai FAS dalam memilih dan mengambil beberapa keputusan penting bagi pasukan ini.

Tambahan lagi, Red Giants Team Card turut menyediakan perlindungan insurans kemalangan diri 24/7 di seluruh Malaysia.

Ahli juga bakal menikmati diskaun keatas barangan-barangan oleh rakan penaja.

Secara ringkasnya, manfaat Red Giants Team Card boleh didapati di bawah.

Terma & Syarat

  1. Team Card valid untuk 1 tahun (1 Jan 2019 hingga 31 Dis 2019)
  2. Pemilik Team Card perlu pamerkan kad tersebut bagi setiap pembelian di kedai atau stor rakan penaja bagi menikmati diskaun ahli.
  3. Pemilik Team Card akan dapat menikmati diskaun keatas pembelian barangan rasmi FAS bermula 16 Dis 2018.
  4. Team Card ini tidak dapat dipindah milik atau dijual semula.
  5. Pemilik Red Giants Team Card perlu bersetuju keatas terma dan syarat rakan penaja.
  6. Pihak FAS tidak akan bertanggungjawab keatas kehilangan, kerosakkan atau kecurian Team Card.  Sekiranya ini berlaku, pemilik hendaklah membuat laporan terus kepada FAS dan membeli semula Team Card yang baru.
  7. Pihak FAS di atas budi bicara mempunyai hak untuk membatalkan atau menolak permohonan keahlian ini sekiranya pemohon terlibat dengan penipuan atau salah guna kad tersebut.
  8. Pemilik Team Card juga boleh lawati laman rasmi keahlian di redgiants.faselangor.my/redgiants-teamcard atau emel terus ke teamcard@faselangor.my untuk sebarang info lanjut.
  9. Pihak FAS mempunyai hak untuk mengubah kelebihan-kelebihan ahli serta terma dan syarat tanpa sebarang notis awal.
  10. Kutipan kad di pejabat FAS; boleh dibuat pada setiap Isnin hingga Jumaat (9PG – 11PG) (1PM – 3PM) di pejabat FAS.
  11. Kutipan kad secara pos; caj penghantaran kad perlu ditanggung sepenuhnya oleh ahli/pembeli. (RM10 Semenanjung & RM15 Sabah/Sarawak)
  12. Kutipan kad di stadium; bagi pendaftaran yang dibuat sebelum 11 Disember, ahli layak mendapatkan kad tersebut pada Hari Bola Sepak Selangor 16 Disember, dan yang selainnya, kutipan kad di stadium juga boleh dilakukan pada hari perlawanan iaitu 4 jam sebelum perlawanan bermula. Kaunter akan ditutup 1 jam sebelum perlawanan bermula.