MBSA Melancarkan Tabung Legenda AAB

MBSA Melancarkan Tabung Legenda AAB

Dalam sidang media yang berlangsung di Wisma MBSA semalam, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi bin Ruslan telah melancarkan Tabung Legenda AAB dengan tujuan untuk meringankan beban bekas pemain Selangor iaitu Anuar Abu Bakar yang telah disahkan menghidap kanser baru-baru ini.

Pihak FA Selangor amat menghargai inisiatif yang diambil oleh MBSA kerana sangat peka terhadap nasib bekas pemain bola sepak Selangor ini.

Oleh itu, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon mengumumkan bahawa FA Selangor juga bakal menyumbang RM1 daripada setiap pembelian tiket bagi perlawanan Selangor menentang Terengganu, Perak, dan PKNP sebagai tanda sokongan kepada Anuar Abu Bakar.

Juga bagi sesiapa yang ingin memberikan sumbangan terus kepada Anuar Abu Bakar, anda boleh salurkan sumbangan ke nombor akaun isteri beliau di:

114348093007 (Siti Mariam Sathawee) – Maybank

Diharap sumbangan pihak MBSA dan juga penyokong-penyokong Selangor sedikit sebanyak mampu untuk meringankan beban Anuar Abu Bakar dan keluarga.