GIVEAWAY: Menangi FIFA20 Edisi Istimewa FAS x Gamesbond Untuk Penyokong Red Giants

GIVEAWAY: Menangi FIFA20 Edisi Istimewa FAS x Gamesbond Untuk Penyokong Red Giants

Demam FIFA20 telah pun bermula. Kurang dari seminggu lagi, pada 27 September 2019 ini, FIFA20 bakal dilancarkan di seluruh dunia.

Sebagai tanda penghargaan kepada penyokong setia pasukan Selangor FA, kami dengan kerjasama Gamesbond, gaming studio paling popular di Lembah Kelang, ingin memberi peluang kepada anda untuk memenangi cakera permainan FIFA20.

Lebih menarik, cakera ini didatangkan khas dengan sleeve pemain FA Selangor, Syahmi Safari beserta tandatangan beliau kepada 3 pemenang.

Anda berminat untuk menyertai giveaway ini?

Caranya mudah sahaja. Klik pada link yang kami sertakan di bawah, jawab soalan mudah di bawah dan lengkapkan butiran anda.

Kemudian, ikut langkah-langkah yang tertera untuk anda mendapatkan lebih banyak markah. Lebih tinggi markah anda, lebih cerah peluang anda untuk menang. Tunggu apa lagi?

Setailah sekarang dan ajak rakan-rakan Red Giants anda sekali.

Semoga berjaya!

Link peraduan: https://bit.ly/2kK7zQ0