Michal Nguyen Pemain Baru Yang Bakal Menambah Kualiti Import Selangor

Michal Nguyen Pemain Baru Yang Bakal Menambah Kualiti Import Selangor

Suka cita diumumkan bahawa Michal Nguyen kini sah bergelar pemain Selangor bagi musim 2019.

Pemain pertahanan berusia 29 tahun ini merupakan anak kelahiran Czech Republik dan merupakan pemain kebangsaan bagi negara Vietnam.

Michal merupakan antara pemain yang bakal memberikan kelebihan fizikal dan ketangkasan jentera pertahanan pasukan Selangor musim ini.

Beliau telah tampil dalam lebih 150 perlawanan profesional bertaraf tinggi untuk FK Banit Most, Becamex Binh Duong, dan yang terbaru, Air Force Central. sepanjang karier beliau sebelum menyertai Selangor.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Michal akan dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan kebal di bahagian pertahanan.

Hantarkan ucapan anda kepada Michal Nguyen di sosial media dengan menggunakan #MichalNguyenIsRed.

Welcome and we wish you all the best Michal!