Misi Pertahankan Kubu Gergasi Merah

Misi Pertahankan Kubu Gergasi Merah

SHAH ALAM- Untuk perlawanan terakhir Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, Selangor akan turun menentang pasukan PJ City pada hari Sabtu ini dan perlu memastikan tiga mata berjaya diraih.

Perlawanan ini juga penting untuk dimenangi kerana dengan kemenangan ini, ianya akan menyaksikan Selangor berada di tangga ketiga liga.

Pada perlawanan sebelum ini di Stadium MBPJ Petaling Jaya, Selangor sekadar mencatat keputusan seri 1-1 hasil jaringan Pedro Henrique yang kemudiannya disamakan oleh Rufino Segovia pada minit-minit akhir perlawanan.

Bagi perlawanan kali ini, hanya dua pemain daripada skuad utama tidak dapat diturunkan iaitu Faiz Nasir dan juga Ashmawi Yakin kerana masih lagi belum pulih daripada kecederaan.

K. Prabakaran, Nurridzuan Abu Hassan serta Azreen Zulkafali dilaporkan sudah kembali bersama skuad utama dan sudah bersedia untuk bermain menentang pasukan PJ City.

Apa yang pastinya, persembahan yang menarik akan dipamerkan skuad Red Giants bagi memastikan kemenangan milik kita.