MPFL2019: Selangor Tempa Kemenangan Kedua Liga

MPFL2019: Selangor Tempa Kemenangan Kedua Liga

SHAH ALAM- Selepas mempamerkan aksi cemerlang menentang Perak minggu lalu, Selangor sekali lagi beraksi baik untuk menewaskan Melaka 3-1 di Kompleks Sukan Panasonic Shah Alam sebentar tadi.

Seperti perlawanan lalu, jurulatih Selangor, Addy Sharrulyzam menurunkan pemain-pemain utama mereka seperti Fariq Mohammad, Azrul Hadee serta Shamsul Akhmar.

Sebaik sahaja wisel dibunyikan, kedua-dua pasukan bermain dengan seimbang sengan salin berbalas serangan.

Namun Selangor terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-2 melalui percubaan Syed Aizad Daniel.

Melaka yang tersentak dengan jaringan tersebut cuba meningkatkan rentak serangan, namun beberapa percubaan mereka dinafikan dengan cemerlang penjaga gol Selangor, Azrul Hadee.

Gawang Melaka sekali lagi dibolosi Selangor kali ini melalui percubaan Azri Rahman pada minit ke-8.

Melaka akhirnya berjaya memecah kebuntuan apabila Najmi Rosli berjaya menewaskan Azrul Hadee pada minit ke-17.

Kedua-dua kekal 2-1 hingga tamat separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Melaka mempamerkan aksi yang lebih bertenaga dalam usaha mencari jaringan penyamaan.

Namun peluang tersedia gagal disudahkan dengan sempurna oleh pemain mereka.

Jaringan Shamsul Akhmar pada minit ke-35 menutup terus kebangkitan pasukan Melaka sekaligus memberi kemenangan mutlak kepada Selangor.