Nurridzuan Abu Hassan Sah Menjadi Pemain Seterusnya Sertai Selangor

Nurridzuan Abu Hassan Sah Menjadi Pemain Seterusnya Sertai Selangor

Suka cita diumumkan bahawa Nuriddzuan Abu Hassan kini sah bergelar pemain Selangor bagi musim 2019.

Pemain yang sering dilihat menjadi harapan kepada jentera utama serangan ini terkenal dengan sepakan-sepakan kaki kiri beliau dan juga kerap dilabel sebagai dead-ball specialist yang mampu menggugat mana-mana penjaga gol.

Bermula dengan pasukan Piala Presiden Perak pada tahun 2010, Nuri kemudiannya diserap masuk ke skuad utama Perak dan tampil sebanyak 15 kali dalam musim pertama beliau untuk pasukan itu.

Beliau kemudian berhijrah bagi menyertai skuad Harimau Muda A sekitar tahun 2012 hingga 2014 yang pada masa itu bertanding di S.League. Seterusnya, Nuri kembali bersama Perak bagi membantu memperkukuhkan skuad negeri kelahirannya sehingga musim 2016.

Perjalanan karier bola sepak Nuri telah membawa beliau untuk turut beraksi bagi skuad Tok Gajah dan PKNS, dan hari ini, Gergasi Merah.

Pengalaman beliau beraksi di peringkat profesional memang tidak dapat disangkal lagi. Nurridzuan telah tampil dalam lebih 80 perlawanan dan telah menjaringkan beberapa gol yang telah banyak membantu saat getir pasukan-pasukan yang pernah beliau wakili.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) mengucapkan selamat datang ke Selangor dan semoga Nurridzuan akan dapat bersama-sama menjadikan Selangor sebagai pasukan yang digeruni dan lebih tajam di hapadan pintu gol lawan.

Hantarkan ucapan anda kepada Nurridzuan di sosial media dengan menggunakan #NuriIsRed