Pematuhan perlesenan kelab AFC

Pematuhan perlesenan kelab AFC

4 Mac 2019, Selangor FA telah dikunjungi oleh dua perwakilan perlesenan Football Associaition Malaysia (FAM) iaitu Encik Andrew Soorian dan Encik Vijash Naidu serta dua wakil bebas audit daripada The Asian Football Confederation (AFC). Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menyemak kelayakan perlesenan kelab bagi kejohanan AFC dan audit standard kualiti Persatuan Bolasepak Selangor.

Encik Trevor Smith dari United Kingdom dan Encik Joern Schlimm dari Germany sebagai wakil AFC telah bertemu Dr. Johan Kamal Hamidon, kakitangan pentadbiran, jurulatih dan pegawai-pegawai FA Selangor bagi melengkapkan sesi perlesenan ini.

Persatuan Bolasepak Selangor kemudian mengemukakan dokumen pengesahan kitaran bagi musim 2018 kepada wakil audit AFC. Pada sebelah petang, kesemua wakil FA Selangor, FAM dan AFC membuat pemeriksaan pusat latihan pasukan Red Giants di padang Setiausaha Kerajaan (SUK) dan Stadium Shah Alam.

Proses perlesenan bersama FA Selangor berjalan dengan lancar mengikut proses yang dijadualkan oleh FAM. Kelulusan perlesenan ini akan dikemas kini semula setelah menerima jawapan balas dari pihak yang berkaitan.