Pembelian Pas Bermusim untuk OKU

Pembelian Pas Bermusim untuk OKU

Selangor adalah sebuah pasukan yang kaya dengan kejayaan yang telah banyak mewarnai kancah bola sepak negara ini. Setiap kejuaraan yang diperolehi, bukanlah hanya datang dari usaha pasukan dan pengurusan semata-mata. Suara pemain ke-12, iaitu penyokong Red Giants, telah lama menjadi tulang belakang kejayaan pasukan ini.

Sebagai pasukan yang mempunyai kelompok penyokong terbesar di Malaysia ini, pemain ke-12 Selangor sebenarnya terdiri daripada masyarakat majmuk yang berbilang kaum, berbagai budaya, berjati diri berbangga dengan negeri Selangor sebagai tanah tumpah darah, serta rata-rata penyokong yang datang dari luar negeri ini yang mencintai pasukan Merah Kuning di atas dasar kualiti dan sejarah bola sepak yang dipegang pasukan ini.

Bagi menghargai mereka di dalam kelompok ini, kami telah melancarkan Pas Bermusim 2019 yang memberi berbagai kelebihan kepada para penyokong. Tidak lupa juga, mereka yang istimewa di hati kami.

Buat penyokong Selangor yang juga pemegang kad OKU, anda boleh menikmati 40% pulangan wang bagi setiap pembelian Pas Bermusim untuk mendapatkan barangan rasmi FAS di dalam pakej pas bermusim tersebut.

Terma dan syarat:

  1. Bayaran penuh hendaklah dibuat terlebih dahulu.
  2. Tuntutan 40% pulangan wang tersebut perlu dibuat di Pejabat FAS
  3. Setiap transaksi perlu disertai dengan bukti Kad OKU dan kad pengenalan
  4. Pembelian tiket di stadium perlu disertai dengan bukti Kad OKU dan kad pengenalan

Layari www.faselangor.my untuk membuat pembelian tersebut hari ini.