Penyerang Kesayangan Red Giants, Rufino Segovia direhatkan selama 4 Bulan

Penyerang Kesayangan Red Giants, Rufino Segovia direhatkan selama 4 Bulan

Penyerang kesayangan Red Giants, Rufino Segovia telah disahkan mengalami kecederaan di bahagian kaki kiri beliau pada perlawanan menentang Kuala Lumpur semalam.

Beliau yang telah menjaringkan 3 gol dalam 6 perlawanan terpaksa direhatkan kerana memerlukan sekurang-kurangnya 4 bulan untuk pulih.

Ketua Jurulatih Selangor, B Satiananthan turut menyatakan bahawa kecederaan ini merupakan satu kehilangan yang amat besar buat kem Selangor kerana beliau adalah nadi utama serangan pasukan. Sudah pasti peminat akan merindui aksi beliau.

Semoga cepat sembuh Rufino! Get well soon amigo