Perlu Kekalkan Momentum Kemenangan

Perlu Kekalkan Momentum Kemenangan

SHAH ALAM- Bagi perlawanan ke-20 Liga Super 2019, Selangor akan turun ke Stadium Perak bagi menentang pasukan Perak.

Ini merupakan perlawanan yang penting buat pasukan Selangor kerana dengan kemenangan ini, Selangor mampu mengukuhkan lagi kedudukan tempat ketiga liga.

Namun Selangor kali ini turun tanpa beberapa tonggak utama mereka seperti Faiz Nasir, K. Prabakaran, Azreen Zulkafali serta Nurridzuan Abu Hassan atas faktor kecederaan.

Namun Syazwan Zainon dimaklumkan sudah cergas sepenuhnya dan kini sedang dalam perjalanan ke Ipoh bersama pasukan.

Selain itu K. Sarkunan juga berada dalam skuad untuk perlawanan menentang Perak selepas selesai menjalani penggantungan dua perlawanan baru-baru ini.

Pada perlawanan sebelum ini, Selangor sekadar mencatat keputusan seri 1-1 sewaktu pertembungan di Shah Alam.

Semoga Selangor berjaya meraih tiga mata penuh di laman pihak lawan sekaligus memberi tekanan kepada Pahang yang berada di tangga kedua liga.