PIALA BELIA 2019: Rangkuman Jun dan Jadual Julai

PIALA BELIA 2019: Rangkuman Jun dan Jadual Julai

Untuk perlawanan pertama bulan Julai, pasukan belia Selangor terpaksa menanggung kekalahan bermain di tempat lawan selepas tewas tipis 1-0 ke atas pasukan Perak.

Namun tiga mata penuh berjaya diraih skuad muda ini untuk perlawanan seterusnya menentang pasukan Sabah dengan keputusan 2-1.

Selangor sekali lagi berjaya mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya menewaskan pendahulu kumpulan B iaitu Terengganu FC IV dengan keputusan 1-0.

Selangor juga berjaya mengekalkan kedudukan di tempat keempat dengan 23 mata berjaya dikutip dan masih lagi mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke peringkat suku akhir.

Bagi bulan Julai pula, sebanyak lima perlawanan akan diharungi oleh mereka.

Pada 3 Julai, Selangor dijadualkan untuk melayan kunjungan pasukan Pulau Pinang dan akan berlangsung di Stadium MP Sepang.

Seterusnya, Selangor akan melayan kunjungan skuad Pahang pula di Stadium PM Sepang pada 7 Julai.

Selangor akan bertandang ke Stadium Mini Kulai untuk perlawanan menentang pasukan JDT III.

Selangor kembali ke Stadium MP Sepang pada 14 Julai bagi bertemu pasukan Negeri Sembilan.

Perlawanan yang terakhir bagi bulan Julai menyaksikan pertembungan di antara pasukan Selangor dan Kedah di Stadium Mini Hicom, Sungai Petani.

Selangor perlu menang perlawanan menentang Kedah kerana mereka adalah pencabar utama kedudukan keempat kumpulan B Piala Belia 2019.

Untuk pengetahuan penyokong semua, kesemua perlawanan ini akan dijalankan pada jam 4.45 petang.

Semoga skuad piala belia Selangor akan memperoleh kesemua mata penuh daripada kesemua perlawanan bagi bulan Julai untuk layak ke suku akhir.