REVIU PIALA MALAYSIA 2019: SAINGAN MASIH LAGI TERBUKA

REVIU PIALA MALAYSIA 2019: SAINGAN MASIH LAGI TERBUKA

Saingan bagi menentukan pasukan mana yang bakal layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019 masih lagi terbuka apabila keempat-empat pasukan di dalam Kumpulan D masih lagi berpeluang untuk layak ke peringkat seterusnya.

Empat perlawanan telah berlangsung menyaksikan Selangor masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah selepas mencatat satu kemenangan dan seri dalam ketiga-tiga perlawanan sekaligus meraih enam mata.

Selangor kini berada di tangga kedua Kumpulan D berkongsi mata bersama pendahulu kumpulan iaitu Melaka United yang mendahului dengan kelebihan jaringan gol.

Manakala PDRM FA berada di kedudukan ketiga dengan lima mata berjaya dikutip selepas mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Felda United pula berada di kedudukan terakhir kumpulan dengan mengutip empat mata tetapi sekiranya berjaya meraih baki dua perlawanan terakhir.

Untuk layak ke peringkat seterusnya, Selangor perlu menang kedua-dua perlawanan terakhir.

Lawan mereka seterusnya adalah Melaka United pada 14 September di Stadium Shah Alam.

Selangor berjaya membawa pulang tiga mata penuh sewaktu pertembungan sebelum ini di Stadium Hang Jebat dengan keputusan 1-0.

Lawan terakhir adalah Felda United pada 18 September di Stadium Jengka, Pahang.

Semoga enam mata penuh berjaya diraih Selangor sekaligus layak ke peringkat suku akhir Piala Malaysia 2019.