PIALA MALAYSIA 2019: Selangor Terikat Lagi

PIALA MALAYSIA 2019: Selangor Terikat Lagi

SHAH ALAM- Selepas diikat pasukan Felda United pada perlawanan pertama Piala Malaysia 2019, Selangor sekali lagi diikat oleh pasukan PDRM FA 1-1 di Stadium Shah Alam sebentar tadi.

Sebaik sahaja perlawanan bermula, Selangor terlebih dahulu melakukan beberapa percubaan berbahaya namun berjaya ditangkap kemas penjaga gol pasukan PDRM, Shahril Sa’ari.

PDRM juga seringkali melancarkan serangan ke kubu Selangor namun dipatahkan oleh oleh barisan pertahanan pasukan Selangor yang diketuai Taylor Regan.

Tiada jaringan berjaya dihasilkan menyaksikan aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Masuk babak kedua, Selangor dan PDRM sering melancarkan serangan bertali arus namun Selangor terlebih dahulu membuka jaringan.

Sepakan leret Sandro Da Silva pada minit ke-52 berjaya menewaskan Shahril Sa’ari sekaligus meletakkan Selangor di hadapan.

Namun kelebihan itu tidak kekal lama apabila pemain pertahanan PDRM, Argzim Redzovic menanduk masuk hantaran sepakan percuma Shahurain Abu Samah.

Peluang terbaik Selangor untuk menjaringkan gol hadir pada minit-minit terakhir namun percubaan padu beliau sekadar menggegar palang.

Keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan menyaksikan Selangor kini berada di tempat kedua dengan lima mata berjaya dikutip.