PIALA MALAYSIA 2019

PIALA MALAYSIA 2019

 

Bagi saingan Piala Malaysia musim 2019, Selangor telah di undi untuk berada di dalam Kumpulan D bersama-sama pasukan Melaka, Felda United dan PDRM.

Perlawanan pertama menyaksikan Selangor terlebih dahulu melayan kunjungan Felda United di Stadium Shah Alam pada 3 Ogos ini.

Ini merupakan kali ketiga kedua-dua pasukan ini bertemu selepas perlawanan liga serta Piala FA di mana masing-masing mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Seterusnya Selangor akan bertandang ke Stadium Hang Jebat pada 8 Ogos untuk perlawanan menentang Melaka.

Kali terakhir skuad Red Giants hadir ke stadium ini, Selangor berjaya mencatat kemenangan dramatik selepas Sean Selvaraj menanduk masuk dua gol pada minit akhir untuk kemenangan 4-3.

Kemudian Selangor kembali beraksi di Stadium Shah Alam pada 18 Ogos bagi menentang pasukan PDRM.

Ini merupakan pertembungan pertama kedua-dua pasukan bagi musim ini selepas kali terakhir pada Julai 2016.

Dalam perlawanan tersebut, Selangor berjaya meraih kemenangan 2-1 hasil jaringan Hazwan Bakri dan Ugo Ukah.

Semoga sembilan mata penuh berjaya diraih skuad Red Giants untuk tiga perlawanan pertama ini sekaligus mendapat peluang cerah untuk layak ke peringkat yang seterusnya.