PREVIU DAN REVIU SKUAD FUTSAL LELAKI: Dua perlawanan terakhir jadi penentu

PREVIU DAN REVIU SKUAD FUTSAL LELAKI: Dua perlawanan terakhir jadi penentu

Sebanyak tujuh perlawanan telah diharungi oleh skuad futsal lelaki Selangor ataupun Selangor MAC bagi bulan Ogos.

Skuad Selangor Mac mempamerkan aksi yang memberangsangkan selepas mencatat enam kemenangan daripada tujuh perlawanan.

Selain itu Selangor Mac juga berjaya menjaringkan sebanyak 27 gol dan sekadar melepaskan 14 gol sahaja.

 

Ketua pasukan, Fariq Muhammad menempa nama sebagai penjaring terbanyak bagi bulan ini selepas berjaya meledak lapan gol.

Selangor kini berada di dalam landasan yang terbaik selepas berjaya mengutip 35 mata dalam 14 perlawanan sekaligus menjadi pendahulu liga dengan enam mata dihadapan pencabar terdekat iaitu Pahang.

Dua perlawanan terakhir Selangor menentang pasukan Terenggganu dan Kedah bakal menjadi penentu kejuaraan musim ini.

Selangor terlebih dahulu akan menentang pasukan Terengganu yang kini berada di kedudukan kelima liga pada 15 September pada jam 5.45 petang.

Seterusnya, Selangor dijadualkan bertemu pasukan Kedah pada 28 September pada jam 8.00 malam.

Kedua-dua perlawanan ini bakal berlangsung di Stadium Panasonic Shah Alam.

Untuk rekod, Selangor berjaya menewaskan Terengganu dan Kedah dengan keputusan 2-1 serta 5-2 pada pertembungan sebelum ini.

Semoga enam mata penuh berjaya diraih pasukan Selangor Mac sekaligus dinobat sebagai juara sulung Liga Premier Futsal Malaysia 2019 (MPFL2019).