PREVIU JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER BULAN JUN

PREVIU JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER BULAN JUN

Selepas bercuti bagi memberikan laluan untuk Hari Raya Aidilfitri dan juga perlawanan antarabangsa, Liga Super 2019 kini kembali.

Bagi bulan Jun ini, tiga perlawanan akan diharung oleh pasukan Selangor.

Selangor terlebih dahulu akan melayan kunjungan pasukan Kuala Lumpur di Stadium Shah Alam pada 15 Jun ini.

Sudah pasti perlawanan ini sekali lagi akan menjadi perlawanan tumpuan kerana ini merupakan perlawanan “Klang Valley derby”.

Selain itu, kemenangan pertama pasukan Selangor musim ini juga sewaktu perlawanan menentang Kuala Lumpur di Stadium Cheras.

Selangor berjaya bangkit selepas ketinggalan 2-0 untuk mencatat kemenangan epik 3-2 sudah pasti ingin mempamerkan aksi yang lebih baik untuk perlawanan kali ini.

Seterusnya Selangor akan berkunjung ke Stadium Larkin bagi menghadapi pendahulu liga iaitu Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan pada 19 Jun.

Selangor sebelum ini tewas 4-2 kepada JDT di Shah Alam, pasti ingin turun dengan misi menebus kekalahan tersebut.

Pahang akan menjadi lawan terakhir Selangor bagi bulan Jun yang mana ianya akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada 25 Jun.

Pertembungan lalu menyaksikan Selangor dan Pahang sekadar mencatat keputusan seri 1-1 di Darul Makmur.

Bagaimana pula dengan aksi kali ini? Sama-sama kita saksikan.

Semoga 9 mata penuh berjaya diraih Selangor bagi pertembungan bulan ini.