PREVIU PERLAWANAN: Ayuh bangkit Selangor!

PREVIU PERLAWANAN: Ayuh bangkit Selangor!

SHAH ALAM: Meskipun tewas pada perlawanan suku akhir pertama di Ipoh minggu lalu, skuad Red Giants yakin mereka mampu untuk menewaskan Perak dan melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia 2019.

Pada perlawanan sebelum ini, Selangor tewas tipis 1-0 kepada pasukan The Bos Gaurus hasil jaringan Brendan Gan pada minit ke-13.

Namun, Selangor mengharapkan skrip yang berlainan akan tertulis kerana skuad tersebut dilaporkan sudah bersedia untuk berjuang berhabis-habisan di Shah Alam, Ahad ini.

Kali terakhir pasukan Perak berjaya meraih kemenangan di Stadium Shah Alam menentang Selangor adalah pada September 2016 apabila Selangor tewas 1-0 hasil jaringan sendiri Ugo Ukah.

Ini bermakna, sudah lebih tiga tahun Perak gagal untuk meraih sebarang kemenangan di bumi Shah Alam dan Selangor bertekad untuk mempertahankannya rekod tersebut.

Mengenai keberadaan pemain pula, Sandro Da Silva masih lagi belum pulih sepenuhnya dan dijangka tidak dapat diturunkan untuk perlawanan kali ini.

Manakala, K. Sarkunan pula dilaporkan demam dan keberadaan beliau untuk perlawanan pusingan kedua ini juga masih lagi belum ditentukan.

Semoga berjaya Gergasi Merah. Berjuanglah berhabis-habisan!