PREVIU PERLAWANAN: Ayuh penyokong Selangor, masa untuk bersatu!

PREVIU PERLAWANAN: Ayuh penyokong Selangor, masa untuk bersatu!

Meskipun belum lagi mengesahkan tempat di perlawanan akhir, namun boleh dikatakan perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Johor Darul Takzim (JDT) ini mungkin perlawanan terakhir bagi FA Selangor bagi musim ini.

Skuad Red Giants yang hanya tewas tipis 1-2 pada perlawanan pusingan pertama di Larkin pada minggu lepas, tidak bermaksud perjalanan mereka akan terhenti setakat itu.

Ketua jurulatih, B. Satiananthan menyeru penyokong Gergasi Merah untuk turun hadir ke Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan padu kepada anak-anak buahnya.

“Dengan kehadiran penyokong yang beribu-ribu, ini akan menguatkan lagi semangat pemain seperti perlawanan menentang Perak,” ujar Satiananthan.

Beliau turut menyatakan bahawa Johor DT adalah pasukan yang kuat namun dalam perlawanan pertama, anak didiknya berjaya telah bermain dengan cukup baik.

Jadi ia merupakan perkara yang positif dan tidak mustahil untuk FA Selangor mampu untuk menewaskan Johor DT.

Sementara itu, dari sudut keberadaan pemain, Endrick Dos Santos dan Michal Nguyen mengalami kecederaan dan masih belum ditentukan sama ada dapat diturunkan bagi perlawanan Sabtu ini.

Kali terakhir Selangor menewaskan Johor DT dalam saingan Piala Malaysia adalah pada Julai 2017 apabila Selangor menundukkan JDT 3-2 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Semoga semua penyokong dapat memenuhkan Stadium Shah Alam pada hari Sabtu ini untuk memberikan sokongan padu mereka kepada skuad Red Giants dalam usaha untuk merealisasikan Misi 34.

Ayuh semua penyokong Selangor, ini masanya kita bersatu!