Previu Perlawanan: Dendam perlu dilunaskan

Previu Perlawanan: Dendam perlu dilunaskan

SHAH ALAM- Untuk perlawanan terakhir Liga Super 2019, Selangor dijadualkan menentang pasukan PKNS FC di Stadium Shah Alam pada 20 Julai ini jam 9.00 malam.

Sudah pasti ini merupakan perlawanan yang dinantikan oleh penyokong dan pemain pasukan Selangor bagi melunaska dendam yang terpahat setelah ditewaskan PKNS 4-0 pada pertemuan lalu.

Selangor berjaya mencatat tiga kemenangan dan dua kekalahan dalam lima perlawanan terakhir dengan 14 gol berjaya dijaringkan.

Pemain terbaik PFAM-Asiana.my bagi bulan Mei, Ifedayo Olusegun berjaya mencetak lima gol daripada lima perlawanan tersebut membuktikan beliau bakal menjadi watak penting bagi perlawanan kali ini.

Manakala PKNS gagal mencatat sebarang kemenangan dalam lima perlawanan terakhir selepas seri dua perlawanan dan tewas tiga perlawanan.

Namun harus diingatkan mereka mempunyai penjaring terbanyak liga setakat ini iaitu Kpah Sherman yang telah menjaringkan 14 gol.

Pastinya Kpah Sherman juga perlu dikunci pergerakannya kerana sudah terbukti ketajamannya dihadapan gol.

Mengenai keberadaan pemain pula, hanya Ashmawi Yakin serta Faiz Nasir masih lagi tidak dapat diturunkan atas faktor kecederaan.

Semoga tiga mata penuh berjaya diraih Selangor sekaligus memperoleh peluang untuk menamatkan kempen Liga Super 2019 di tempat ketiga.