PREVIU PERLAWANAN: Perak vs Selangor

PREVIU PERLAWANAN: Perak vs Selangor

Perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia 2019 menyaksikan Selangor bakal turun ke Stadium Perak, Ipoh bagi menentang pasukan Perak.

Selangor yang merupakan juara Kumpulan D dijadualkan menentang naib juara Kumpulan C iaitu Perak pada esok hari pada jam 9.00 malam.

Kali terakhir Selangor turun ke Stadium Perak, Selangor tewas 3-2 pada perlawanan ke-20 Liga Super 2019.

Untuk keberadaan pemain pula, Sandro Da Silva, Wan Zack Haikal, Norhakim Isa, Rufino Segovia masih lagi tidak dapat diturunkan atas faktor kecederaan.

Manakala Azreen Zulkafali dan Farizal Harun sudah pulih sepenuhnya.

Ini merupakan perlawanan penting untuk pasukan Selangor dan perlu mencari gol bagi bekalan untuk perlawanan suku akhir kedua di Shah Alam minggu hadapan.

Semoga Selangor berjaya meraih kejayaan dan membawa pulang bekalan yang selesa.