Previu Perlawanan Piala Malaysia 2019: Peluang Selangor Mendahului Kumpulan D

Previu Perlawanan Piala Malaysia 2019: Peluang Selangor Mendahului Kumpulan D

SHAH ALAM- Perlawanan kedua Piala Malaysia 2019 menyaksikan Selangor bakal turun ke Stadium Hang Jebat untuk menentang pasukan Melaka pada 8 Ogos ini dan ianya peluang terbaik bagi Selangor untuk menjadi pendahulu Kumpulan D.

Melaka kini merupakan pendahulu Kumpulan D selepas mengutip tiga mata penuh hasil kemenangan selesa 3-1 ke atas PDRM FC.

Manakala bagi Selangor, dalam aksi sebelum ini skuad Red Giants berjaya mencatat keputusan seri 2-2 menentang pasukan Felda United dan kini berada di tangga kedua Kumpulan D.

Keputusan ini juga menyaksikan Melaka kini pendahulu Kumpulan D dengan tiga mata berjaya dikutip manakala Selangor berada di tangga kedua dengan satu mata.

Ini bakal menjadi pertembungan ketiga bagi musim ini bagi Selangor dan Melaka selepas kedua-dua pasukan ini telah bertemu dalam dua perlawanan Liga Super 2019.

Juga, kali terakhir kita bermain di Stadium Hang Jebat, Selangor berjaya melakukan magis setelah menewaskan Melaka 4-3 melalui jaringan minit akhir Sean Selvaraj.

Semoga tiga mata penuh berjaya dicuri skuad Red Giants di Melaka sekaligus menambah mata berharga untuk layak ke peringkat seterusnya.