PREVIU PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2019: SELANGOR VS FELDA

PREVIU PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2019: SELANGOR VS FELDA

Nampaknya bagi saingan Piala Malaysia 2019, kita bertemu lagi pasukan dengan Felda United setelah sebelum ini kita pernah menentang mereka dalam kempen Liga Super dan juga Piala FA.

Bagi saingan Liga Super 2019, satu kemenangan dan satu seri berjaya dicatat oleh pasukan Selangor menentang Felda.

Namun bagi kempen Piala FA, pertemuan menentang pasukan Felda bukanlah satu kenangan manis apabila kita tersingkir 1-2 di laman sendiri hasil jaringan minit akhir Hadin Azman.

Tetapi kali ini, untuk Piala Malaysia segalanya berlainan dan kini pemain-pemain Selangor lebih bersedia dan sudah mula untuk mendapat rentak.

Kita boleh tengok dalam tiga perlawanan terakhir liga, Selangor bermain dengan baik dan berbeza dengan permulaan musim.

Manakala Felda berjaya mengekalkan pasukan mereka daripada tersingkir daripada Liga Super selepas menewaskan Kedah 5-1 dalam perlawanan terakhir.

Sudah pasti untuk pertembungan kali ini, aksi yang menarik bakal dipamerkan kedua-dua pasukan keran masing-masing berada dalah tahap yang terbaik.

Untuk keberadaan pemain pula, Faiz Nasir, Ashmawi Yakin, Nurhakim Isa, Wan Zack Haikal serta Rufino Segovia tidak dapat diturunkan atas faktor kecederaan.

Untuk rekod, Selangor merupakan pemenang terbanyak Piala Malaysia dengan rekod 33 kali dan pada tahun ini, dan berkemungkinan besar ianya berubah menjadi 34.

Semoga berjaya kepada skuad Red Giants dan kepada penyokong, a