Previu Perlawanan: Selangor vs PNKP FC

Previu Perlawanan: Selangor vs PNKP FC

SHAH ALAM – Selepas sekadar mencatat keputusan seri menentang seteru utama Perak minggu lalu, sudah pasti Selangor mahu tiga mata untuk perlawanan kesepuluh Liga Super 2019.

Untuk minggu ini pasukan Selangor akan menerima kunjungan PKNP FC yang kini berada di tangga ketujuh liga.

Manakala pasukan Selangor kini menduduki tangga keempat liga selepas pesaing terdekat iaitu PKNS FC tewas 2-1 kepada Pahang pada minggu lalu.

Setakat ini, PKNP berjaya mencatat satu kemenangan, satu seri dan tewas sebanyak 5 kali.

Jikalau kita lihat pada prestasi semasa, Selangor mempunyai kelebihan namun ancaman PKNP tidak boleh diambil mudah.

Tambahan, pasukan Selangor terpaksa melupakan khidmat Nurridzuan Abu Hasan selepas beliau dilayangkan kad kuning kedua berdepan Perak minggu lalu.

Selangor juga tidak dapat menurunkan ketua pasukan, Amri Yahyah kerana beliau telahpun mengumpul tiga kad kuning.

Selain itu Taylor Regan masih belum disahkan sama ada cergas sepenuhnya daripada kecederaan.

Untuk rekod, Selangor berjaya menundukkan PKNP 4-1 dalam pertembungan terkakhir mereka dengan Evan Dimas, Rufino Segovia, Amri Yahyah serta Joseph Kalang Tie masing-masing menjaringkan satu gol.