PREVIU PERLAWANAN: Selangor vs Terengganu FC

PREVIU PERLAWANAN: Selangor vs Terengganu FC

Selepas hampir dua minggu berehat, aksi Liga Super 2019 kembali bertemu peminat. Minggu ini Selangor akan menentang pasukan pantai timur iaitu Terengganu FC.

Kali terakhir Selangor menentang skuad yang diberi jolokan Sang Penyu ini adalah pada Julai tahun lalu dalam aksi perlawanan Liga Super 2018. Selangor berjaya menundukkan Terengganu FC dengan keputusan 2-0 hasil jaringan Syahmi Safari dan Rufino Segovia.

Selain itu, pasukan Selangor pernah menundukkan Terengganu dengan keputusan 6-1 pada tahun 2012 di mana pada ketika itu Amri Yahyah berjaya menjaringkan dua gol.

Senario perlawanan pada musim ini pasti akan berbeza kerana dua pemain utama Terengganu iaitu Faiz Nasir serta Latiff Suhaimi kini bermain untuk Selangor.

Tambahan pula, Faiz yang baru-baru ini bermain dengan baik sewaktu mewakili Malaysia, semestinya mahu meneruskan rentak kecemerlangan beliau untuk perlawanan ini.

(Gambar oleh: Asiana.my)

Walau bagaimanapun untuk perlawanan Jumaat ini, khidmat penyerang berbisa Selangor iaitu Rufino Segovia terpaksa dilupakan kerana faktor kecederaan.

Adakah Amri Yahyah akan diberikan kepercayaan untuk mengetuai barisan hadapan Selangor? Sama-sama kita nantikan.

Pemain tengah Selangor, K. Sarkunan juga dikhabarkan sudah pulih sepenuhnya dan bersedia untuk diturunkan oleh ketua jurulatih B. Sathinathan. Perkhabaran ini juga mampu menggembirakan penyokong pasukan Selangor kerana Sarkunan bermain dengan begitu baik sewaktu menentang pasukan Pahang.

Perlawanan di antara Selangor dan Terengganu seringkali menyajikan aksi yang menarik dan sudah pasti pada perlawanan kali ini, sekali lagi peminat akan menyaksikan satu perlawanan yang berkualiti.

Semoga Selangor mampu melakar kemenangan ke atas Terengganu sekaligus mengubah kedudukan dalam liga