Rangkuman Mingguan Piala Belia 2019

Rangkuman Mingguan Piala Belia 2019

JADUAL PERLAWANAN PIALA BELIA PASUKAN SELANGOR 2019

Pasukan Belia Selangor akan beraksi dalam lebih 20 perlawanan pada musim ini.

 

PIALA BELIA 2019 PERLAWANAN 1

PAHANG 0 – 3  SELANGOR

  • Haikal Musyrif ‘12
  • Muhammad Asyraf ‘45+1
  • Adam Farhan ‘74

Pasukan Belia Selangor berjaya membawa pulang 3 mata penuh setelah memenangi perlawanan pertama menentang Pahang petang Rabu 20 Februari 2019.

 

PIALA BELIA 2019 PERLAWANAN 2

SELANGOR 0 – 2 JDT IV

Pasukan Belia Selangor tumpas berhadapan pasukan JDT IV dalam perlawanan kedua pada 24 Februari 2019.

 

PIALA BELIA 2019 PERLAWANAN 3

NEGERI SEMBILAN 2 – 2 SELANGOR

  • Sharvin Selvakumaran ’22 (P), ’66

Pasukan Belia Selangor berjaya menyamakan kedudukan 2-2 berhadapan pasukan Negeri Sembilan pada 27 Februari 2019. Gol pertama Young Giants adalah menerusi sepakan penalti Sharvin dan pada minit ke-66 beliau sekali lagi berjaya menjaringkan gol dan sekali gus menambah 1 mata kepada pasukan Selangor.

 

PIALA BELIA 2019 PERLAWANAN 4

SELANGOR 3 – 0 KEDAH

  • Ruventhiran 41′
  • Ahmad Danial 57′
  • Sharvin Selvakumaran 77′

Pasukan Belia Selangor membawa pulang 3 mata penuh berhadapan pasukan Kedah.

Gol pertama Young Giants diraih menerusi sepakan pemain jersi nombor 9, Ruventhiran pada minit ke-41. Kemudian, kapten pasukan Ahmad Danial menjarakkan lagi kedudukan dengan jaringannya pada minit ke-57. Sharvin muncul pada minit ke-77 dengan rembatan cantik ke gawang pihak lawan dan sekali gus menobatkan beliau sebagai pemain terbaik perlawanan.

 

KEDUDUKAN PIALA BELIA 2019

Pasukan Belia Selangor berada di kedudukan ke-3 dalam kumpulan B untuk minggu ini. (latest update on 7/3/2019)

Teruskan perjuangan Young Giants!