Rangkuman Mingguan Piala Presiden 2019

Rangkuman Mingguan Piala Presiden 2019

  JADUAL PERLAWANAN PIALA PRESIDEN PASUKAN SELANGOR 2019

Pasukan Presiden Selangor akan beraksi dalam lebih 20 perlawanan pada musim ini.

 

PIALA PRESIDEN 2019 PERLAWANAN 1

SELANGOR v SELANGOR UNITED

  • Amirul Haziq ‘45+3
  • Saiful Iskandar ‘76

Skuad Piala Presiden Selangor memulakan saingan dengan keputusan yang sangat baik dimana mereka berjaya membawa pulang 3 mata penuh setelah memenangi perlawanan pertama menentang Selangor United dengan hasil jaringan kapten pasukan, Amirul Haziq pada minit ke-45 dan Saiful Iskandar pada minit ke-76.

 

 

PIALA PRESIDEN 2019 PERLAWANAN KE-2

SELANGOR 2 – 1 PAHANG

  • Fazrul (p) ‘44
  • A’sif ‘90+2

Skuad Piala Presiden Selangor sekali lagi berjaya membawa pulang 3 mata penuh dengan kemenangan 2-1 atas pasukan Pahang hasil jaringan penalti Fazrul pada minit ke-44 dan pada minit akhir perlawanan A’sif berjaya membezakan kedudukan pasukan Selangor dengan sepakannya masuk terus ke gawang gol pihak lawan.

 

PIALA PRESIDEN 2019 PERLAWANAN KE-3

Perlawanan ke-3 pasukan Presiden Selangor telah dibatalkan kerana penyertaan pasukan Perlis dibatalkan FAM untuk terus berada dalam kejohanan ini.

 

PIALA PRESIDEN 2019 PERLAWANAN KE-4

UITM FC 0 – 1 SELANGOR

  • Fazrul (P) ‘75

Fazrul Fahriz Zeky berjaya memisahkan kedudukan skuad Presiden Selangor apabila sepakan penaltinya berjaya masuk ke gawang UiTM FC pada minit ke-75.

 

KEDUDUKAN PIALA PRESIDEN 2019

Pasukan Presiden Selangor berada di kedudukan ke-2 dalam kumpulan A untuk minggu ini. (latest update on 7/3/2019)

Teruskan perjuangan Young Giants!