Rangkuman Pra-musim Skuad Futsal Selangor

Rangkuman Pra-musim Skuad Futsal Selangor

Jelajah pra-musim Jakarta beri pengalaman buat skuad futsal lelaki Selangor MAC.

Baru-baru ini skuad futsal lelaki Selangor MAC berkelana selama empat hari di Indonesia bagi siri jelajah pra-musim Jakarta sebagai salah satu persiapan untuk menghadapi Liga Premier Futsal yang bakal berlangsung Jun ini.

SELANGOR v PERBANAS

Perlawanan pertama skuad Selangor ini adalah menentang pasukan Perbanas Institute pada 29 Mac dan mereka berjaya merekodkan kemenangan dengan keputusan 3-1.

Nama Penjaring:-
⚽️ Fakhrurrozi
⚽️ Nurnaiim
⚽️ Sufri Shamil

SELANGOR v PILIHAN PANATRADE CARAKA

Kemudian, pada hari yang sama, mereka turun menentang satu lagi pasukan iaitu pasukan Panatrade.

Meskipun sudah mempamerkan aksi memberangsangkan, namun skuad Selangor terpaksa akur selepas tewas tipis 3-4 walaupun skuad Selangor berjaya menyamakan kedudukan sebanyak 2 kali, tetapi masa tidak menyebelahi skuad Selangor lalu tidak berjaya menyamakan kedudukan buat kali ketiga.

Nama Penjaring:-

⚽️⚽️ Hafiz Ramlee
⚽️ Fariq Mohammad

SELANGOR v TAX Usakti

Seterusnya pada 30 Mac, Selangor turun menentang pasukan Universitas Trisakti dan berjaya berpesta gol selepas menundukkan pihak lawan 6-2 dan membawa pulang kemenangan kedua jelajah pramusim skuad futsal lelaki Selangor!

Nama Penjaring:-
⚽️⚽️ Hafiz Ramle
⚽️ Azri Rahman
⚽️ Sufri Shamil
⚽️ Akmal Hakimi
⚽️ Syamsul Akmar

 

SELANGOR v PON Provinsi JKI Jakarta

PON Provinsi JKI Jakarta adalah lawan terakhir skuad Selangor bagi siri jelajah pramusim Jakarta kali ini dengan menyaksikan skuad Red Giants sekali lagi tewas tipis 3-4. Mendahului permainan di dua masa pertama, 3-0 kemudian JKI Jakarta bangkit lalu mengalahkan skuad Selangor pada saat akhir dengan keputusan 3-4.

Nama Penjaring:-

⚽ Iskandar Alif
⚽ Sufri Shamil
⚽ Syed Aizad Daniel

Secara keseluruhan, skuad Selangor berjaya meraih 2 kemenangan dan tewas 2 perlawanan.

Semoga dengan siri jelajah ini, skuad futsal lelaki Selangor mampu untuk memperbaiki prestasi mereka dan memberikan yang terbaik untuk Liga Premier Futsal 2019.

—————————————————————————————————————————————–

FERRO LEAGUE PRESENT INVITATIONAL CUP 2019

Skuad Selangor MAC telah berentap dalam Piala Jemputan Ferro Futsal 2019. Skuad futsal lelaki Selangor berdepan dengan empat pasukan yang telah mengambil bahagian dalam kejohanan jemputan ini iaitu Pahang Rangers, Melaka United, Dani FC dan Leonis FC.

Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Jemputan Ferro Futsal 2019:-

SELANGOR 3 – 2 LEONIS FC

 

Selangor MAC berjaya bangkit setelah ketinggalan dalam perlawanan menentang Leonis FC dan terus meraih kemenangan dengan keputusan 3-2.

Nama penjaring:-
⚽Azrisham
⚽ Nurnaiim
⚽ Faris Johan

 

SELANGOR 8-3 DANI FC

 

Selangor MAC meraih kemenangan besar setelah menjaringkan 8 gol dalam perlawanan menentang Dani FC.

Nama penjaring:-
⚽Fakhrurozi
⚽Alif Syazril
⚽Nurnaiim
⚽Fariq Mohammad
⚽Faris Johan
⚽Hafiz Ramle
⚽⚽Nazreen Saudi

 

SELANGOR 4-4 MELAKA

Perlawanan menentang Melaka United Futsal Team berakhir dengan keputusan seri. Walaubagaimanapun, sikap pemain di atas court harus dipuji kerana kesungguhan. Permainan yang lebih kemas ditunjukkan berbanding dua game sebelumnya, namun takdir menentukan hanya sekadar seri.

Nama penjaring:-
⚽Fariq Mohammad
⚽Hafiz Ramle
⚽⚽Azri Rahman

 

SELANGOR 1-4 PAHANG RANGERS FC (FINAL)

 

Selangor MAC berdepan Pahang Rangers FC di pusingan akhir. Beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan atas faktor kecederaan. Perlawanan berakhir dengan keputusan skuad futsal Selangor meraih tempat kedua dalam Piala Jemputan Ferro Futsal 2019.

Nama penjaring:-
⚽ Fariq Mohammad