Red Giants terkandas di Ipoh

Red Giants terkandas di Ipoh

Ipoh- Misi untuk mengekalkan rentak kemenangan selepas menang ke atas Felda minggu lalu terhalang apabila skuad Red Giants tewas 2-3 ke atas pasukan Perak di Stadium Ipoh semalam.

Perlawanan bermula dengan pasukan Perak lebih banyak mempunyai penguasaan padang.

Namun Selangor terlebih dahulu menjaringkan gol melalui percubaan jarak dekat Taylor Regan pada minit ke-29.

Untuk rekod, ini merupakan jaringan pertama Taylor untuk skuad merah kuning.

Namun Raianderson Da Costa berjaya memadam kelebihan tersebut pada minit ke-42 dan memberikan jaringan penyamaan buat Perak.

 

Selangor kembali berada dihadapan tiga minit kemudian selepas kesilapan pemain pertahanan Perak, Amirul Azhan digunakan sepenuhnya Endrick Dos Santos untuk menewaskan Hafizul Hakim.

Perak sekali lagi berjaya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama hasil sepakan penalti Leandro Dos Santos.

Masuk babak kedua, kedua-dua pasukan saling membalas serangan.

Namun gawang Selangor bocor buat kali ketiga sekali lagi melalui percubaan Raianderson Da Costa.

Selangor sudah melakukan segalanya bagi mencari gol penyamaan tetapi tembok pertahanan pasukan Perak sukar digugat sekaligus menyaksikan perlawanan tamat dengan keputusan 3-2 berpihak kepada Perak.

Selangor akan bermain menentang pasukan PJ City pada hari Sabtu ini dan ianya merupakan perlawanan terakhir Selangor sebagai tuan rumah bagi saingan Liga Super musim ini.

Kepada para penyokong Red Giants, ayuh turun beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada pasukan kesayangan kita untuk memastikan kemenangan menjadi milik kita.