REVIU DAN PREVIU FUTSAL WANITA: Hanya Kuala Lumpur sebagai penghalang

REVIU DAN PREVIU FUTSAL WANITA: Hanya Kuala Lumpur sebagai penghalang

Tamatnya sirkit kedua dan ketiga Liga Premier Futsal Malaysia menyaksikan Selangor kini berada di tangga teratas dengan 19 pungutan mata.

Ini menyaksikan Selangor berpeluang untuk menjadi juara Liga Premier Futsal Malaysia 2019 namun perlu berhati-hati dengan ancaman Kuala Lumpur yang merupakan pencabar terdekat.

Skuad futsal wanita Selangor berjaya mencatat enam kemenangan, satu seri dan juga dua kekalahan daripada sembilan perlawanan.

Manakala sebanyak 31 gol berjaya dijaringkan dan hanya 15 gol dilepaskan.

Manakala pasukan Kuala Lumpur berjaya mengutip 18 mata dengan lima kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.

Hanya satu mata sahaja memisahkan kedua-dua pasukan ini.

Pemain terbaik bagi sirkit kedua dan ketiga adalah Nur Shazreen Munazli selepas berjaya meledak lapan gol.

Diikuti dengan Norhawa Md Yasin dengan lima gol berjaya dijaringkan.

Kemenangan terbesar bagi kedua-dua sirkit ini adalah sewaktu menentang pasukan Kedah dengan keputusan 6-2.

Manakala kekalahan terbesar adalah sewaktu menentang pasukan Kuala Lumpur yang juga keputusannya adalah 2-6.

Skuad Selangor perlu lebih berhati-hati dalam sirkit terakhir ini untuk memastikan tiada kesilapan dilakukan sekaligus sembilan mata penuh berjaya diraih dan dinobat juara Liga Premier Futsal 2019.

Sebanyak tiga perlawanan akan diharungi skuad Selangor bagi sirkit yang terakhir iaitu menentang Kedah pada 6 September, Perak pada 7 September dan Kuala Lumpur pada 8 September.

Perlawanan menentang kedah dan Perak akan berlangsung pada jam 5.00 petang manakala menentang Kuala Lumpur pada 8.30 malam.

Kesemua perlawanan akan berlangsung di Stadium Panasonic Shah Alam.

Ayuh penyokong Red Giants, kita turun beramai-ramai untuk memberikan sokongan kepada skuad futsal wanita Selangor!